Thursday, 31 December 2015

Fikirlah

Dimana jua kita berada ,
Adanya seorang insan ,
Sentiasa mengingati kita ,
Mempersoalkan ,
Di mana kita?
Sudah makan ke belum?
Dah solat ke belum?
Ada duit ke tak?

Bukan seorang insan ,
Tapi dua insan ,
Dengan erti kata yang mudah ,
Sepasang ,
IBUBAPA.

Kasih sayang tak terkata dicurahkan ,
Keprihatinan tidak terlupa walau sesaat ,
Keutamaan anak anak didahulukan ,
Kecekalan dan ketabahan dikukuhkan,
Usaha dan bersungguh untuk beri kesenangan ,
Titik peluh tidak menjadi pengukur ,
Inilah pengorbanan IBUBAPA.

Saat kita dikhabarkan oleh doktor ,
Kita sedang bergerak gerak ,
Melalui pancaran ultrasound ,
Mata si IBU si BAPA bersinar ,
Melihat kewujudan kita ,
Tersemat di hati mereka satu harapan,
"Semoga anakku menjadi seorang yang baik"
Itulah harapan tiap tiap IBUBAPA.

Tatkala setelah sembilan bulan 10 hari ,
Di saat itulah ,
Si IBU bertarung dengan nyawa ,
Berjuang bersungguh sungguh, Berhempas pulas ,
Mengalir peluh ,
Menjerit kesakitan ,
Untuk melahirkan seseorang di muka bumi ini ,
Untuk biarkan seseorang melihat dunia ini dengan matanya,
Dengan harapan,
Seseorang itu menjadi anak yang soleh dan solehah.

Pelbagai pengorbanan ,
Tiada terkira sumbangan ,
Hanya mengharapkan ,
Si anak menjadi seorang manusia yang berjaya dalam hidup.

Wahai anak!
Soal lah pada dirimu!
Apakah yang telah kau balas?
Apakah kau beri pada mereka?
Pernahkah kau mengorbankan diri demi IBUBAPA mu?
Sanggupkah kau berjuang untuk mencapai harapan mereka?

Wahai anak!
Bagaimanakah tuturkata mu terhadap IBUBAPA mu?
Adakah dengan lantang?
Adakah dengan kemarahan?
Sedangkan IBUBAPA mu,
Melafazkan kata kata dengan penuh kasih sayang ,
Dengan penuh belaian manja ,
Dengan sepenuh perhatian.

Sedarkah kau,
Tika kau merengek di waktu malam ,
Kau menangis tidak terkira waktu ,
Mencari susu ,
Meminta makanan ,
Membuang najis ,
Siapakah yang berada di sisi mu tika itu?
Kawan? Awek? Pakwa? Sahabat?

Orang yang berjaga malam ,
Menaburkan kasih sayang tidak mengira waktu,
Tidak siapa kalau bukan,
IBUBAPA.

Wahai anak!
Sedarlah sebelum terlambat!
Jangan kau tunggu saat!
Saat genting!
Saat terakhir!
Tika IBU dan BAPA ,
Menghembuskan nafas terakhir ,
Melafazkan kata kata terakhir ,
Melihat mu buat kali terakhir.

Ahhhhh!
Sudah terlambat tika itu!
Kau ingin melafazkan ,
"Adik sayang Mak!!!!"
"Kakak sayang Ayah!!!"
"Abang minta maaf Mak!!"
Sudah!
Sudah terlambat!

Wahai anak!
Kau nangis menderu deru ,
Mengalir air mata tiada henti ,
Walaupun bertukar darah ,
Tiada kembali IBU dan BAPA mu,
Kerana ALLAH sudah menjemput mereka.

Anak,
Gunakanlah!
Gunalah masa yang ada sebelum terlambat!
Saat tika bersama sama IBUBAPA ,
Di depan mata,
Hargailah mereka,
Sayangilah mereka.
Fikirlah wahai anak!
Fikir!

Sayangilah IBUBAPA,
Hargailah mereka tatkala mereka masih di sisi kita,
Korbankanlah masa untuk diluangkan bersama sama IBUBAPA mu .

Muhasabah lah!

Berubahlah sebelum terlambat!

Moga kasih sayang kita sentiasa disematkan bersama sama IBUBAPA.

Amin Ya Rabb!

Semoga Allah Redha!

Nukilan : al fateh

Monday, 21 December 2015

Pasti, tapi tidak pasti


Haa.
Ini nak dijadikan cerita.
Perkara yang pasti ,
kekadang boleh menjadi tak pasti jika diuji keyakinan nya.

"Mad , kau rasa ustaz hari ni datang ke tak? "

" aku rasa tak datang, sebab dia kata minggu lepas, yang minggu ini dia cuti"

"Kau yakin ni mad?"

"Yakin lah bro.. Kleaa bakhang"

Pada waktu kelas,

" Mad!!! Ustaz datang lah doh, asal kau yakin sangat ustaz tak datang "

" haa? Sori lah weh.. aku yakin berita aku dengar tuh, aku dengar sendiri kot. Tak ada ar aku nk tipu kau kan. Sori lah bro "

" hmm, tak apalah "

Okay. Baiklah.
Nampak tak?
Keyakinan manusia tidak pastinya betul.

Dan keyakinan manusia boleh jadi sungguh kuat jika ada fakta yang mendokong.

Mad, dia yakin bahawa berita itu benar.

Tapi perkara yang berlaku pada hari itu?

Tiada satu makhluk pon yang yakin apa yang berlaku.

Memang manusia mampu berkata.
Dan yakin akan kata katanya.

Tapi. Haaa.
Ini yang ramai selalu lupa.
Setiap perkara yang berlaku,
Dan akan berlaku.
Hanya dengan izin Allah.

Kita di ajar,
Apa yang berlaku semua dari Allah.
Kita yakin akan fakta itu.

Adakah kita faham tentang ayat, " apa yang berlaku semua dari Allah " ?

Atau

Adakah kita amal dan berpegang dengan kuat dengan ayat itu?

Atau

Adakah kita hanya belajar dan tahu, tapi hati kita tidak yakin sepenuhnya?

Allah Maha Besar.

Ini adalah tentang keyakinan kita terhadap Pencipta kita.

Allahu (suara latar)

Ini adalah sejauh mana tahap pergantungan kita pada Allah.

Allahu (suara latar)

Okay baiklah.

Semua pasti akan jadi pasti.

Jika kita pasti dan yakin.
Bahawa apa yang akan berlaku semua dengan izin Allah.

Kita mampu merancang.
Yakin dengan Allah.

Jika apa yang kita rancang tidak sempurna.

Atau.

Terlebih sempurna.

Atau.

Rancangan tidak menjadi.

Di sinilah keyakinan pada Allah perlu kuat.
Bahawa setiap berlaku ada hikmahnya.

Yakin.

Sebentar, sebelum itu.

Yakin sahaja tidak mencukupi.

Inilah datangnya konsep tawakkal.

Kawan kawan.
Hendak tawakkal?

Usaha lah dulu bro!
Usaha tidak boleh cukup cukup makan sahaja.
Usaha kena mantop.
Baru hasil mantop.

Doa diwajibkan juga lah iye kawan kawan.
Siapa yang mengatur dan memberi karunia kepada kita?

Allah Maha Agung .

Jom lah usaha, doa, ikhtiar , dan tawakkal.

Yakin dan sangka baik dengan Allah.

Allah Maha Mengetahui.

Jadikan pasti kepada pasti.

Pastikan keyakinan pada Allah mantop.

Insya Allah . Tiada apa dapat jatuhkan keyakinan kita.

In sya Allah.

Nukilan : al fateh.

Friday, 18 December 2015

Duhai hati

Seronok dan gembira..
Perkara utama kita cari..
Perasaan yg kita dambakan..

Sengsara dan sedih..
Perkara utama kita jauhi..
Perasaan kita bencikan..

Hati yg dipupuk dengan keseronokan..
Disajikan dengan kegembiraan..
Dikelilingi kemewahan..

Sengsara?
Sedih?
Sama sama pakat jauhi..

Hati..
Kepada siapakah aku bertuhankn?
Aku bertuan kepada tuan empunya ku..
Siapakah aku bertuhankan?
Kepada nafsu?
Kepada syaitan?
Atau kepada Allah??

Duhai hati..
Kau milikku..
Tapi kau diciptakn Allah..
Allah ciptakan kau dgn sgt hebat..
Tiada makhluk dapat tandingi kehebatan Pencipta Yang Maha Agung..
Kita bertuhankan kepada Allah..
Allah matlamat kita hidup di dunia ini..

Duhai hati..
Maafkn aku..
Sungguhnya, aku selalu membuat mu bertuhankan pada nafsu..
Sehingga alpa pada Yang Maha Pencipta..

Duhai hati..
Maafkan aku..
Aku selalu sajikan mu dgn kegembiraan yg makin menjauhkan mu dengan Pencipta Yang Maha Esa..

Duhai hati..
Maafkan aku..
Aku memaksa mu..
Aku memaksa supaya tidak sering beringat kepada Tuhan..
Tapi hanya mengajak mengikuti kata kata nafsu..

Duhai hati..
Aku sangat takut..
Semakin ku begini..
Tindakan ku begini..
Gaya ku begini..
Sikap ku begini..
Tidak kau rasa, kita semakin jauh dgn
Yang Maha Mulia..
Yang Maha Kuasa..

Duhai hati..
Marilah kita berjuang bersama sama..
Membasmi ajakan nafsu..
Mencegah hasutan syaitan..
Menidakkan bisikkan iblis..
Hanya mencari rahmat dari Allah..

Biarlah terseksa..
Biarlah menderita..
Selagi hati ini..
Berada dekat Allah..

Pencipta kita Yang Maha Esa..

Yang akan menghitung kita pada Hari Akhirat..

Yang kita beriman dan percaya pada akan berlaku nya kejadian itu..

Yang kita percaya akan dibahagikan manusia kepada dua..

SYURGA dan NERAKA..

Jika Neraka itu dipagari dengan kemewahan..
Dirantai dengan kesenangan..
Dikelilingi dengan kebahagiaan yg tidak kekal..
Sungguh menyebabkn makin rapat ku dgn kemungkaran..
Makin dekatku pada maksiat..
Yg dianggap hnyalah dosa yg boleh bertaubat pada bila2 masa..

Tapi tidakkah kau resah..
Alpakah kau..
Bahawa waktu MATI tidak tentu..

Sempatkah kau bertaubat?
Cukupkah amalanmu??
Dekatkah hatimu kepada Allah??

Jika Syurga itu dipagari dengan derita..
Dirantai dengan kesedihan..
Tidak mengapa..
Sesungguhnya Allah akan datangkn kebahagiaan pada hati jika beramal dan ikuti Al quran dan Sunnah..
Jadikan tabiat..
Sungguh aku kejar Syurga..
Sungguh aku kejar keredhaan Pencipta ku..

Wahai hati..
Marilah kita bertaubat..
Moga Allah redha..

Nukilan : Al Fateh
19.12.2015
00:38 (24hr)

Wednesday, 25 November 2015

Jujur

Bitter is good than sweet..

Truth is good than lie..

Pahit tuh ubat..
Walaupon pada mulanya..
Sakit, benci..
Ia bagi manfaat pada seseorang..

Manis itu racun..
Walaupon pada mulanya..
Seronok, suka..
Ia akan membunuh seseorang sedikit demi sedikit..

Kejujuran itu pedih..
Kebenaran itu perit..
Tapi lebih sng dikatakan..
Truth is bitter..
Menjadi ikatan makin kukuh..
Hubungan dibina bukan dasar pembohongan..
Kepercayaan dibina..

Pembohongan itu seronok..
Penipuan itu licik..
Tapi lebih mudah untuk berkata..
Lie is sweet..
Lie is killer heart..
Ikatan yg kukuh menjadi longgar..
Hubungan yg dibina hnya jdi kepentingan diri..
Kepercayaan musnah..
Susah untuk dibina kembali..

Andai anda berkata..
Aku syg sahabat aku..
Aku syg kawan aku..
Berkatalah benar, walaupon menyakitkn hatinya..
Tapi, percayalah.. dia akan lebih percaya pada anda..
Krna anda telah sedarkn dia..

Andai anda berkata..
Aku syg sahabat aku..
Aku syg kawan aku..
Jauhilah penipuan..
Sungguh menjaga hati "member"
Percaya tak? Jika dia tahu perkara sebenar..
Apa dia rasa??
Terlajak perahu boleh tarik balik..
Terlajak kata..
Pikir sendiri lh leee..

Biarlah terasa..
kawan akan faham..
Member tak jauhkn diri..
Dia akan lebih gembira..
Ada seseorang yang menjaga
dan sayang akan dirinya..
Sebagaimana guru dan ibubapa
Menegur kerana syg..

Cubalah jujur walaupon susah..
We do not know, unless we try it hardly..

Monday, 21 September 2015

Maaf

Pantai di pantai timur..
Menjadi kegemaranku..
Menjadi rebutan hati..
Mengasak2 kaki memijak pasiran putih di pantai..

Pukulan ombak memukul daratan..
Kata kata aku memukul hati mu.
Sehingga aku membuat mu marah...

Andai aku tak mmpu redakan marahmu..
Cukuplah sekadar mu memaafi..
Insan yg byk alpanya...
Tak berniat aku ingin membengangkn mu...

Keikhlasan hati seseorang..
Mustahil untuk ditunjukki..
Bukan di pengetahuan kita..

Hanya aku mmpu lafaz kn kata2..
Aku benar2 ikhlas minta maaf..

Biarpun mu jauh dari aku..
Tetapi mu dekat..
Bagaimana??
Itupon jadi persoalan yg berlegar2 di fikiran aku..

Bila mu marah..
Seakan akan..
Jarak antara kita semakin jauh..
Ibarat 1000 kelajuan cahaya..
Walaupon jauh..
Akan cuba merapatkn jurang itu..
Akan aku usaha...
Changes impossible to possible..

Ingin aku harap..
Aku ingin sentiasa ukir senyuman di muka mu..
Mengukir wajah gembira..

Tpi aku gagal..
Aku ukir wajah kemarahan..
Kebengangan dimuka mu...
Maafkn daku..
Insan yg alpa menjadi jawatanku..

Sudikah mu memaafkn aku??

Monday, 7 September 2015

Istimewa

Ehem...ehemm..
Istimewa?? Siapa?? Apa?? Kenapa?
Setiap orang ada sebab..
Sebab itulah orang sekeliling ingin mengetahui munasabab...
Setipa orang berbeza pendapat
Kerana otak dan akal
Lain lain..
Betul kn? :)

Pendapat aku?
Aku ada pendapat sendiri...
Siapa istimewa bagiku?
Itu biar jadi rahsia lah ek??
Kenapa istimewa??
Jika barang? Barang itu adalah hadiah daripada orang istimewa..
Hahaha. ..
Semua istimewa.. mmg lah istimewa, sbb istimewa lah dia jadi
Istimewa ... :))

Tapi macam mana kalau hilang???
:""(

Sedih sangat teramat...
Apabila menjaga bak menantang minyak penuh ....
Then... hilang macam tu je??
Sedih bhaiii.. hmm..

So, barang istimewa bagi aku mampu membuat aku semangat dan buat aku gembira..

Haaaaa.. macam mana dengan orang istimewa pulak??
Inilah ramai manusia nak tahu..
Walaupun tiada kaitan dengan
Hidup mereka...
Sebab apa??
Manusia ambil berat antara satu sama lain ke?
Tak adelah...
Ade yg ade.. itu pon sbb perasaan syg..
Tpi kan...
Manusia ni mempunyai sikap ingin tahu yang sangat sangat agresif..
Termasuk aku :))

Kenapa seseorang itu jadi istimewa bagi aku??
Sumtimes.. Aku pon tak tahu kenapa jadi istimewa...
Perasaan dan hati yang tentukan..
Tanya lah mereka sendiri.. =D

So, apa kesimpulannya?
Orang istimewa sentiasa dapat buat aku tersenyum..
Walaupon dia marah2..
Walaupon dia benci aku...
Walaupon dia tidak peduli aku...
Tapi ukiran senyuman di mulutnya..
Mampu hilang kan duka dan sedihku...
Orang itu akan selalu masuk dalam doaku..
Itulah jawapan istimewa dari ku..

So?? Nak lagi tahu tak lagi pasal istimewa??
Yang ni paling "rare" ..
Jadilah HAMBA yg teristimewa :)
How?? Why?
Haaaaa... jika anda memang dah pelajari agama...
Anda akan tahu...
Ini lah adalah fitrah tiap manusia..
Ingin kepada kebaikan.. :)
Anda sudah jumpa jawapan??
Jadilah istimewa kepada Tuhanmu..
Jangan bertangguh..
Semoga peroleh ganjaran terbesar diperoleh di SANA nanti

Carilah " suis " untuk buang sifat malas anda!!!
Anda mampu mengubahnya!!!!

Nukilan : al fateh

Saturday, 5 September 2015

Yang Terindah

Hidupku berkembang mekar..
Hatiku mengamit keindahan alam..
Jiwaku merasai ketenangan..
Diriku dipenuhi saat2 Yang Terindah
Itulah sinopsis Islam menyeluruhi hari hari ku..

Sejak kecil aku mempelajari..
Apakah itu ISLAM?
KENAPA aku terus menganutnya?
Aku sering bertanya..
Mencari jawapan dari segenap penjuru..
Kerana??
Aku ni manusia..
Fitrah aku ingin mengetahui ap yang aku miliki.

Setiap ciptaan,
Setiap kejadian,
Setiap peristiwa,
Semuanya ade hikmah.
Itulah karma Alam..
Semua manusia tahu.
Tapi sebenarnya, ISLAM
Mengajar sebalik hikmah di alam semesta ini..
Adalah kurniaan Allah ..
Dan merupakan asas dalam "pelajaran" ISLAM..

Wahai umat islam!!
Kau islam kn??
Hayatilah saat saat anda
Hargailah tatkala dirimu menganut
Agama Islam..
Kerana itulah..
Merupakan saat saat indah
Yang Terindah..

Nukilan : al fateh

Monday, 27 July 2015

"dunia atau akhirat"

Dunia? Akhirat?
Mana yg lebih penting?

Mana yg kita mahukan?
Mana yg kita sebenar benarnya cari?

Ap yg kita kejar?

Kita tahu, ini semua fitrah..
Deria manusia mesti dia akan cari sesuatu..

Mesti manusia akan bertanya,
Siapa yg ciptakan semua ni..
Knpe wujudnya kematian..
Knpe wujudnya kelahiran..

Weh weh weh...
Tup tap tup tap..

Pelbgai bangsa wujud, agama dan sebagainyalah..

Okay.. tuh mukadimah je...

Ap yg kita faham tntg dunia ni?

Dlm persepsi islam..
Ap yg sy tahu..
Kita kt dunia adelah ujian..
Keputusan di akhirat.

Kita kt dunia ni adelah sebagai ladang..
Ap yg kita taburkn..
Ap yg kita tanam..
Hasilnya dan keuntungan di akhirat..

Selagi kita ade iman dan percaya pada hari akhirat..

Selagi itulah kita akn terus menanam di dunia, semoga hasilnya di akhirat peroleh hasil lumayan..

Tpi bagaimana pulak?
Dgn persepsi agama laen?
Bangsa laen?

Mereka percaya ke hari akhirat ni?

Yup. Dorang juga percayai..
Tpi ap yg mereka percayai tersimpang jauh..

Tersimpang jauh, tiada lah jauh sangat..
Tapi, mereka juga percaya syurga dam neraka..

Tpi ape persiapan mereka?

Cara mereka, dan kehidupan mereka, itulah yg jdi bekalan untuk di sana..

Tpi mereka dosa dan pahala dari segi agama mereka..

Hmm.. mcm2 jenis ade..

Cm ne hilangkn dosa..
Cm ne nk dpt pahala..

Semua ade.. tpi..

Org yg mengucap dua kalimah syahadah jua lah, yg akan memasuki syurga. Org islam..

Ramai yg percaya, lps mati, nnti akan ade kelahiran semula..
Dan hidup di syurga or neraka.

Kebanyakan manusia, percaya, adenya syurga lps mati.. dan mereka mesti masuk syurga.. walau pon jahat.

Okay2..

So, mana lbih penting skrg??

Dunia ke akhirat??

Jika kita berniaga, kita memikirkan hasil dan untung yg lumayan..

Maka kita akan mula melabur dan merencana strategi berniaga dgn baik untuk keuntungan pada masa depan..

Jika wujudnya iman dlm diri...
Wujudkah hati, yg ingin mengumpul segala amalan dan pahala, untuk dibentangkn kepada Pencipta Yang Maha Agung...

Itu kene tanya diri sendiri lah..
Tiap org ade hati..

Bak kata org..

Tepuk dada , tanya diri..

So?? Kita kejar ap di dunia ni??

Haaaaaa...

Nih nak habaq nih..

Ade org kata...
Jika tak cari dunia, hbs tuh, nk hidup dlm masjid je?
Berzikir? Solat? Baca quran?
Habis tuh nak makan ap??
Nak tido kat mana?

Oooo ooo, hold dlu beb...

Serius lah, kau boleh hidup buat tuh tanpa henti???

Haaaaa...
Jgn judge trus bila org kata, kejar dunia je, bila nk kejar akhirat??

Sudah2 sy bagi statement dgn org kata...

Ape kata, kita bg sumber yg sohih, dan boleh sgt2 percaya..

Allah kata, berbuatlah baik di dunia, mencegah kemungkaran..
ada ganjaran menanti di akhirat, syurga yg mengalir di bawah nya sungai..

ALLAH juga kata, waktu siang, carilah rezeki.. waktu malam ,adelah berehat dan beribadah kepadaKu,

Hishh, kemah keming..

Otak kita ligat berfikir mencari penyelesaian dlm masalah yg kita lalui...

Hey hey, ilmu siapa punya??
Tak denya ilmu dtg sendiri..

Siapa cipta??

Allah :)

So, apa yg Allah larang dan perintah?

Kita nak buat ap?

Allah dah atur dh dunia dan akhirat ini.
Knp, kita hidup kt dunia dlu baru akhirat?

Hbs tuh.. haa...

Ade org bijak pandai kata..

Org yg berjaya, mula2 akan merasai kegagalan dan kebodohan..

Kenapa tak org berjaya itu, berada dlam kejayaan, then, bru dlm kebodohan dan kegagalan..

Haaaa, nmpak kan perumpaannya..

Semua telah termaktub dalam quran..

Allah Maha Mengetahui..

Siapa kita nk persoalkan ciptaan Tuhan..

Sanggup jugak kn kita, buat perkara teralarang??

Cptlah taubat istighfar..

ALLAH cipta manusia,
Mesti Allah lebih fhm kita dari sesiapa pun..

Haaaa. Nii semua bukan tahap pemikiran kita..

Sedangkan iblis pon mengaku wujudnya Allah..

So, sy rasa teka teki , dan persoalan sy lontarkan, anda dapat jumpa jawapan.. mana lebih penting? Dunia dan akhirat..

Setiap ap yg Allah cipta, ade hikmah nya..

Knp ciptakan manusia?
Tpi Allah dh thu, pasti ade manusia buat keburukan?? Buat kerosakan???

No no no.

Pemikiran kita terbatas.. tk usah lah pikir perkara yg negatif dan remeh sahaja..

Baik, kita pikir cm mana nk raih dua2 ni?

Akhirat dapat, dunia pon dapat...

Allah dah sediakan dh tuk hamba hamba Nya...

Ikutilah Al quran dan As sunnah..

Semuanya lengkap..

So, ade pepatah ,or org kata lah..

Dunia ibarat bayang...
Akhirat ibarat cahaya yg wujudkan bayang tersebut....
Jika nk dapat dunia, kita akan terkejar2..
Jika cahaya hilang. Maka kita kene tunggu cahaya tunggu tuh kembali, tuk mewujudkan bayang..

Betul bukan ap sy kata?

Jadi kejarlah cahaya tuh, pegang cahaya tuh erat2..

Maka bayang, akan jdi dlm kawalan kita...

Haaaa.. dh nmpak kan bayangan??

Mana yang penting? 

Sy tahu. Diri sendri anda lah yg tahu jawapannya..

Jika tak jumpa?
Bukan kuasa sy, nk bg ilmu, dan hidayah..
Tuh semua kuasa Allah..
Semoga kita dpt ilmu dan hidayah Allah..

Aminnnn :)

Anda bijak..
Anda ade akal..
Use wisely..

Goodluck!!

Semoga kita sama2 diredhai Allah..

Diri anda sendiri mampu mengubahnya :)

Wallahu alam

Nukilan : alfateh


Wednesday, 22 July 2015

Berdiri semula

Ujian hadir dlm hidup ku..
Bagaimana untuk hadapi? Terserah pada seseorang hamba untuk mengharunginya

Mula2 ku tewas..
Ku gelabah..
Ku hilang perhitungan..
Ku cakap tidak tentu arah..

Seorang kawan memarahi aku..
Seorang lagi tiada tahu statusnya..

Arghhh.. ku stress jadi begini..

Ku kelam kabut..

Ap patot aku buat?
Ap patot aku ckap?

Argggg.. semua menjadi pertanyaan knp?

Knp? Then, knp mcm ni?
Then, knp macam tu?

Ku trus bertanya dan bertanya..

Ku mencari org2 yg aku rasa ptot aku brtanya..

Tpi bukan kpd orgnya..

Sungguh ku lupa dan alpa..

Ini semua ujian daripada Allah..

Knp aku ttp jua mencari hamba yg tidak mempunyai kuasa atas tiap sesuatu..

Sedangkan aku boleh terus merujuk kpd Allah..

Yang Maha BerKuasa tiap2 sesuatu..

Allah mengizinkan mereka marah2 aku..

Ap sebabnya?

Tepuk diri tanya diri sendiri..

Andai ku terlalu takut kpd sejenis aku..
Iaitu manusia..

Maka aku akan hilang pertimbangan..
Hilang pancang...
Tk mampu berdiri..
Bahkn terus rebah..

Ku hilang semangat juang..
Malah putus asa menjadi pilihan..
Jika mampu ku benarkan dia hadir..
Knp ku tidak mampu biarkn dia pergi??
Bukankah, hamba itu tidak kekal?
Yang kekal itu Allah..

Ku lupa dan terus lupa..
Allah menghantar sahabat yang inginkan ku masuk syurga bersama sama..
Memesan.. mengingatkn.. menegur dgn pelbagai cara..

Ku relakan..
Ku relakan..
Ku relakan..

Kemudian ku sedar dari lamunan..
Sebentar tadi, aku hanya melakukan perkara sia sia..

Tak mampu ku putar kan masa..
Kerana itulah qada dan qadar..
Dan itu adelah kuasa Allah..

Ku teruskan jua hidup..
Ku tebalkan lapisan hati..
Supaya makin kuat..
Supaya makin tebal menahan cabaran yang akan datang..

Sungguh pengalaman mematangkan aku..

Mulanya ku tewas.. krn? 
Aku bergntung pada hamba..
Aku bergntung pada hamba..
Aku bergntung pada hamba...

Hamba tak mampu buat ap2..

ALLAH shjlah tmpt pergantungan..

Ku sedar..

Hanya ku sentiasa perlu mengadu kepada Allah..
Hanya ku perlu berharap kepada Allah...
Sesungguhnya , ALLAH ade perancangan yg terbaik untuk ku..

Semoga pengajaran yang aku perolehi dapat memberi manfaat kepada hamba hamba sekalian..

Saturday, 4 July 2015

Aku benci kau

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebuah persahabatan yg sgt utuh..
Antara dua insan yg bernama ali dan ziz.. mereka ini kawan sejak kecil lagi.. kisah perit dan gembira mereka tempuhi bersama sama.. akhirnya mereka masuki ke alam universiti.. ditakdirkn Allah s.w.t mereka didaftarkan ke dalam universiti sama..

Setelah beberapa minggu mereka dapat menyesuaikn diri di universiti tersebut..

Ali dan ziz selalu lepak bersama sama, makan sama sama , keluar sama sama..

Senang cerita semua sama sama lah..

Manusia kn, mana ade yg sempurna..
Ali ade perangai dia..
Abu ade perangai specialnya sendri..

Walaupun sudah jdi kawan2 sjak kecil mesti ade perkara yg tidak sukai. Annoying ar sng citer..

Ziz, tahap annoying mmg tahap dewa lah..

Tapi kdg2 ali rilek je..

Sumtimes, kalau dh lama2 buat, tk kan lah tk menyirap kot..

Tpi si ziz ni tk phm2.. bedu ar sng citer.. tak pernah nk fhm member sendri..

Yang ziz ni, dah lah buat perangai annoying.. ali pon makin lama makin sakit hati lah dgn perangai member baik dia.. pastu, si ziz selalu je mintak macam2 kt ali ni..

Nak tak nak, ali turut jelah kemahuan member dia..

Manusia perangai berubah2..

So nk jadikan cerita, zaman kanak2 bese jelah dorang ni kwan rapat..

Tpi dah meningkat dewasa, pemikiran mulai matang..

Perangai dan perasaan kita mulai fahami..

Then, satu hari tuh, ali abaikan ziz..
Semua kerenah ziz semua dia tak layan..

Ziz , tanyalah " ali kenapa kau macam dh tak layan aku je?"

Ali "ermmm... perangai kau tuh, aku tak suka.. Aku benci sgt2, tpi kau tak paham tuh aku buat macam ni.. maaflah tk cakap direct"

"Tak pelah ali, salah aku jugak ar sebenarnya.. asyik buat perangai annoying aku ni je.. In sya Allah aku cuba ubah perangai ni, thanks tegur dengan cara ni, datang kesan yang effective"

"Okay, sama sama.. alhamdulillah , aku cuba bantu ap yg aku bole bantu, kau jangan buat balik 'perangai' kau balik tuh dah lah kay "
Seminggu berlalu....

Ziz, lupa akan kata2 nya dia ,meng activekan 'perangai' nya kembali..

Setelah itu, makin banyak kawan2 ziz, menjauhi diri daripada ziz..

Semua nya benci kepada ziz..

Ziz sedih...

Kemudian ziz, dpt sekeping surat..

"Wahai sahabat yg ku kasihi..
Kita dh kawan sejak kecil lagi..
Setiap perangai kau, semua aku dh khatam.. jangan lupa kata2 kau kat aku hari tu.. kau kata nk berubah kan? Ubahlah diri selagi nyawa dikandung badan.."

Ziz, mengalirkn air mata..
Terus pergi jumpa ali, dan minta maaf dan berpelukan..

Ukhwah mereka makin kuat, dan kuat.. dan mendekatkn diri kpd Allah..

Senang citer..

Hah.. cerita ni muqaddimah je yg diceritakan tentang sifat benci.. sifat pemaaf, sifat2 ni semua siapa cipta?

Allah s.w.t..

Cuba renungkan..

Ade berapa banyak perkara makruh kat dunia ni??

Makruh??

Makruh tuh ap?

Makruh = Allah benci..

Memey ar tak dapat dosa, tpi Pencipta kita benci..

Sedangkan kita tak nak kawan kita benci kita..

Kita tak nak orang benci kita..

Tapi sumtimes kita alpa,
Amalan makruh, dah sebati dgn jiwa kita..

Lagi jiwa2 remaja..

Kita bljr, mencari ilmu..
Kita bekerja, mencari rezeki..
Kita mencari kebahagiaan..
Kita mencari keberkatan..
Kita mencari kejayaan..

Siapa yg cipta ap yg kita cari???

Kita sungguh alpa, semua itu Allah yg beri..

Tpi jika kita buat perkara makruh,
Allah benci..

Pernah tak?? Kau buat orang benci kau, kau ampu dia mengharap hadiah?  Memang dapt hadiah buku lima ar jawabnya..

Cuba tengok situasi ziz,
Dia buat org sekeliling benci dia..
Mana dorang pergi?
Dorang semua menjauhi ziz..
Kenpa??
Sbb , dorang BENCI ziz..

Yet, ziz berubah, adekah org boleh dampingi cm dulu?

Bukan tak boleh, agak payah dan susah..

Tpi tidak bgi Ali, kawan ziz sejak kecik yg dh khatam tip perangai ziz.. dia masih boleh terima..

Jadi, konteks skrg,
Hamba??

Hamba buat perkra dibenci Pencipta..
Then, hamba minta macam2 kt Pencipta..

Fair ke? Hamba balas nikmat yg dikurniakan dengan perbuatan yg dibenci Pencipta?

Of course tak fair..

Percayalah, setiap perbuatan pasti akan dibalas Allah di Hari Perhitungan kelak..

Tpi.. ingtlah Allah Maha Penyayang..
Allah sentiasa mengampunkn hamba2 Nya..

Sdgkn cara Ali menegur ziz adelah dgn cara pemulauan dan beri surat..

Sungguh, Allah berikan byk cara teguran kepada hambaNya..

Salah satu contohnya adelah,
Memberikan ujian kpd hambaNya..

Carilah hidayah..
Allah akan beri hidayah kpd org yg mencari hidayah..
Doalah!!
Allah Maha Mendengar..

Maka jangan putus asa untuk bertaubat.. jauhilah perkara makruh..

Allah cipta manusia, mestilah Allah lebih memahami dan Maha Mengetahui tiap2 penciptaan Nya..

Jika kita berjalan kepda Allah,
Maka Allah akan berlari kat kita..

Hishhh, ruginya kita rugi..

Allah Maha Pengampun..

Jap2 tahu tak perkara makruh tu ap?

Tak yah nak pergi jauh2 pikir..

Contohnya.. "Perkara Lagha"
Perkara yg tidak dtgkn faedah..

Huish, byk tk? Perkara yg tidak berfaedah kita buat?

Uuuu.. renung2 lah..

So, bencilah perkara makruh...

Makruh...
Telah sinonim dgn perbuatan ku..
Telah menjdi rutin harian hidup ku..
Sungguh pelbagai alternatif org kafir..
Melalaikan kita..
Mempengaruh kita supaya alpa dan leka..

Apa kita buat?
Tepuk dada tnya hati..
Ade yg tidak sedar ap yg mereka lakukan makruh..
Bahkan ade yg lebih tahu setiap perbuatan yg dia buat..
Kenapa masih dibuatnya perkara makruh itu??

Tika, ditimpa ujian..
Maka mengeluh..
Pastu, kita mula mencari Allah yg sering kita alpa..
Kita meminta..
Kita bertaubat..
Alhamdulillah kita masih diberikan
peluang untuk bertaubat..
ALLAH Maha Pengampun..
ALLAH Maha Penerima Taubat..

Memang tiap manusia sentiasa melakukan kesalahan...
Jgn jadikan ia alasan sebab kita kufur nikmat dgn pemberian Allah.
Kau lebih kenali diri kau sendiri..
Tpi Allah Maha Mengetahui..

Kau nak buat dosa?
Cuba larilah kat tempat yang bukan Allah cipta..
Cuba lah larilah dari pemandangan Allah..
Jikalau dapat..
Kalau dapatlah kan..

Jauhilah perkara makruh!!

Moga Allah redha :)

Aminnn...

Nukilan : alfateh

Saturday, 27 June 2015

Mawar berduri

Bismillah...

Kaulah mawar yg dicipta daripada pepohonan syurga..
Diri mu sangat istimewa..
Kerana diri mu adalah perhiasan yang indah..
Jadilah perempuan solehah kerana itu adalah perhiasan dunia paling indah..

Setiap inci anggota tubuh mu..
Mampu menarik semua kaum adam..
Sungguh dirimu diciptakan sangat istimewa..
Mekar haruman mu mampu menarik beribu pejuang..
Menggoncangkan iman para mujahidin..
Tatkala perang menentang tentera salib..
Seorang pejuang islam yang hafiz..
Yang menghantar org romawi ke neraka Allah..
Tewas di atas tangan wanita salib..
Sehingga mati dia murtad..
Sungguh menarik ciptaan Allah yg digelar wanita..
Jagalah setiap inci aurat mu..
Kerana ada Allah berfirman..
Jagalah perhiasan mu..
Tutuplah aurat mu..

Wahai Mawar..
Dirimu sgt didamba damba kan oleh bakal imam..
Janganlah kau terjelopok masuk ke kancah2 yg mendekati zina..
Sungguh dunia ni sudah mencapai arus modenisasi yang klimaks..
Jika kau tidak berhati2..
Kau akan berjalan menuju ke pintu2 zina..
Bahkan kau berlari2 menuju ke zina..
Tiada yg lebih seronok daripada melakukan maksiat..
Sungguh dunia adelah medan iblis menjadikan dunia ini sbgai syurga kepada manusia yang mengabaikan perintah Allah..
Tahan lah , bersabarlah ..
Bermuhajadahlah..
Biarlah dirimu hanya menjadi fully milik imam mu..
Yg membuat perjanjian dengan Allah untuk menjaga mu..
Yg melafazkan akad nikah..

Wahai si Mawar..
Bantulah kami..
Kami adelah para pejuang yg ingin menegakkan kebenaran..
Kami ingin membawa agama Allah..
Sunguh kau mampu melalaikan kami..
Bantulah kami dengan menjauhkan dirimu daripada kami...
Sungguh kami selalu tewas pada harta,pangkat..
Yang paling kami takuti adelah kamu wahai mawar..
Jika kami menegur mu..
Jika alasan menegurmu tiada berlandaskan agama dan sebab yg pnting..
Maka abaikan lah kami..
Biarpun dirimu digelar si sombong..
Tapi kau sangat dimuliakan oleh Allah..
Jual mahal..
Jangan dilayan kami yang tiada hala tuju..
Tak tentu kami merangkul amanah untuk menjagamu..
Serahkan lah dirimu hanya pada si halal..
Maafkan kami jika sudah mencucuk mu dengan ayat cinta yang mampu melalaikan mu daripada cinta Allah..
Sungguh kami juga alpa..
Sungguh kau adelah perhiasan dunia yang indah..
Jagalah dirimu demi membantu lelaki menjadi orang soleh..

Wahai si Mawar..
Zaman sekarang sudah berubah..
Dulu kau memang dipelihara..
Dulu kau dijaga..
Dulu kau dihormati..
Dulu kau disayangi..
Dulu kau dicintai..
Sekarang dirimu hanya sang pemuas nafsu kepada orang yg ingkar pada Allah..
Sekarang dirimu hanya hiburan kepada insan yg lalai dgn dunia..
Sekarang dirimu hanya dianggap alat semata2..
Sanggupkah?
Kau, wahai si mawar,
Membiar dirimu diperlaku kn begitu..
Jauhilah segala jalan yg mendekati zina..
Jauhilah segala jalan yg dimurkai Allah..
Didiklah dirimu dgn agama..
Jadikan agama sebagai benteng mu..
Sungguh, Allah sentiasa ada bersama hamba hambaNya..
Percayalah, jika kamu menjaga agamamu..
Menjaga hubungan mu dgn Allah..
Nescaya pertolongan Allah akan tiba padamu In sya Allah..

Wahai si mawar..
Indahnya..
Jika kau menjadikn dirimu berduri..
Tiada kumbang mampu melekat kepadamu dengan sesuka hati
Biarlah dirimu menjadi berbisa kepada lelaki yg belum pasti menjadi milikmu..
Biarlah dirimu dimiliki oleh si kumbang yg menahan segala bisa dan keperitan untuk mendapatkan mu secara halal..
Sungguh kau jadikan dirimu bisa kepada semua lelaki..
Pasti ade seorang yg telah dijodohkn kepadamu..
Sang lelaki hanya meminta izin daripada walimu untuk mendapatkn mu..
Dan dia menjaga diri dia untuk bermuhajadah menjaga diri dia hanya kepada si mawar yg halal..
Maka dia adelah terbaik untukmu..
Maka jadi lah yg terbaik untuk dia..
Tiada alasan untuk mu katakan," aku sudah terlambat"
"Aku ni jahil"
"Aku ni jahat"
Sungguh, kau lupa!!
Allah sentiasa memberi kau peluang..
Peluang untuk berubah..
Sungguh ku katakan penghijrahan diri..
Sangat mencabar jalannya jika kau tempuhi..
Jika kau lepasi segala rintangan..
In sya Allah dikurniakan syurga untukmu..

Wahai si Mawar berduri..
Jika kau sudah terlanjur..
Jangan jadikan ia sebagai alasan terus terjerumus kedalam kancah maksiat..
Sungguh pintu taubat masih terbuka..
In sya Allah..
Selagi belum terbit matahari di barat..
Selagi masih diberikan nikmat nyawa..
Bertaubatlah!!
Allah akn menerima taubat hambaNya..
In sya Allah..
Sangka baik lah kepada Allah..

Moga kau menjadi perhiasan paling indah..
Menjadi wanita solehah..
In sya Allah..

Be a good muslimah!!

Nukilan : alfateh

Ketenangan

Aku memerlukan ketenangan..
Umpama ketenangan tuh makanan ruji aku..

Aku mulakan mengembara mencari ketenangan hakiki..

Aku mencuba satu satu persatu..
Ku mengkaji satu persatu..
Namun ku perolehi kegagalan..
Aku hnya menoleh ke arah pemikiran barat..
Macam mana nk dpt ketenangan..

Ku bertukar pandangan..
Ku menoleh timur..
Ku nampak cahaya..
Inginku capainya..

Aku anggap iniah ketenangan..
Bila ku lihat cahaya..
Seolah olah ku rasai ketenangan..

Ku mulakan pencarian..
Mencari ilmu agama..
Memahami Al quran..
Mengikuti Sunnah..

Ku tahu, tiada ikhtiar manusia yg dapat berikan ketenangan yg sebenar..
Yoga? Disco? Arak? Pil khayal?
Pil kuda? Dadah?

Haha..
Itu semua ikhtiar manusia yg lupakan Tuhan..

Wahai Manusia,
Tak kah kau sedar...
Siapa yg ciptakan akal kau.
Siapa yg berikan idea kau..

Senangku berikan jawapan..
Allah..
Tuhanku.. Tuhan kau.. Tuhan kita..
Berserah lah hanya kepada Allah..
Berusaha cari rahmat Nya..

Suka hati Allah nk beri hidayah Nya kpd sesiapa yg Allah suka..

Maka jdilah hamba paling serendah rendahnya..

Buat lah perkara kesukaan Allah..

Simple contoh..
Manusia akan berikan barang yg paling berharga kepada org yg dipercayai..
So?? Kalau kita dh dpt barang berharga tersebut..
Apa kita buat?
Kita cuba tidak pecahkn kepercayaan tersebut..
Apabila kita pecahkan kepercayaan tersbut?
Senang tak nk bina balik?
Susah bro!! Jujur aku cakap!!

So..
Bila Allah dh beri nikmat,
Bila Allah dah beri kesihatan..
Bila Allah dah beri nyawa..
Cm mana kita nk jaga barang ni??
Kita ni sementara saje di dunia ni..
Hang tanam benih..
Hang mesti nk buah yg sedap,
Perfect..
So, dktkan lah diri dgn Allah..
Cuba cuba cuba..
Jangan putus asa dgn rahmat Allah..
Jika Allah beri peluang..
Dan peluang..
Sahutlah!!

Allah Maha Penyantun..

#try
#renung

Nukilan : alfateh

Thursday, 25 June 2015

Si Buta

Ku gagahkn diri bngun pukul 5.00 pagi, tatkala ramai masih terlena di atas tilam empuk dibuai mimpi...

Pergi bilik mandi, terserempak dgn si buta, ku bermonolog sendirian..
"Pukul bpe dia bgun??, dia OKU, tpi aku diberikn mata.. subhana Allah"

Teruskan ap yg ku sdg lakukan,
Kemudian ku nmpak si buta, meraba raba, mencari kepala paip..
Ku tenung dri jauh..

Kemudian dia mencapai paip tersebut, seolah olahsudah menghafal kedudukan paip tersbut, ku bermonolog lgi..
"Inilah rutin harian beliau mungkin..,
Tpi sekarang pukul 5.00? Dia buat ap?"

Ku terus memerhati, dan memerhati.. beliau masuk ke dalan bilik dia.. ku pimpin beliau..
Tpi gaya jalan dia sudah tahu di mana bilik dia berada..

Beberapa minit kemudian,
Aku terdengar bacaan org mengaji..
Rupanya dtg drpd bilik si buta tersbut..

Subhana Allah,
Aku yang ade mata,
Boleh melihat,
Adekah aku bersyukur dgn nikmat ini?
Aku guna untuk ap?
Ya Allah jauhilah aku dari kufur nikmat..

Setelah azan berkumandang,
Dia siap2 keluar bilik, dgn memakai "serban" smbil membawa tongkat..

Kemudian dia berjalan menuju ke masjid, aku dgn dia berjalan bersama2, aku membawa dia ke masjid..

SubnaAllah, org yg buta snggup pergi masjid,
Walaupon masjid jauh dari bilik beliau..
Tiada erti penat..
Tiap waktu solat dia berjemaah dgn jemaah di masjid,
Kemudian dia membca quran braille... ( quran untuk org buta)

Ya Allah hati ku tersentuh..
Betapa ku kufur dgn nikmat yg Engkau beri..
Jadikanlah aku dlm golongan yg bersyukur..

Setiap ciptaan Allah pasti ade hikmahNya..

Siapa kita, yg masih diberi nikmat penglihatan?
Kita guna untuk ap?
Bacalah quran,
Bacalah bahan2 ilmiah..
Moga kita dikalangan org yg bersyukur!!

FIRMAN ALLAH..
"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN???"

#renungkanlah..

Nukilan : alfateh

Wednesday, 24 June 2015

Perlukah kita mengeluh??

Kesusahan yg aku lalui,
Beban yg ku pikul..
Membuat kan aku stress..

Tatkala aku mula mengeluh..
Kepayahan aku hadapi semakin susah..

Kemudian, ku cuba hadapi dgn sabar dan hanya mengharapkan bantuan Allah..
Di situlah kemudahan akn berlaku..

Diriku menjadi lebih tenang..
Kerana yg menghadirkn ketenangan ini daripada Penciptaku..

Bersabarlah..
Bersyukurlah menerima segala ujian..
Semoga dipermudahkan segalanya..
Jangan mengeluh..
Tpi cuba hadapi dgn sabar dan meminta bantuan daripada Allah..
Dan sentiasa bersyukur :)

Allah tidak akan beri ujian yg hambaNya tidak mampu hadapinya..

Ujian datang,
Meningktkn keimanan..
Menjadikn diri lebih dekat dgn Allah..

Isilah titik-titik di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati kita masing-masing ...

1. Allah menciptakan tertawa dan .....

2. Allah itu mematikan dan .....

3. Allah menciptakan lelaki-lelaki dan .....

4. Allah memberikan kekayaan dan .....

Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:

1. Menangis ...
2. Menghidupkan ...
3. Perempuan ...

Tapi bagaimana dengan no.4 ...? Apakah Kemiskinan ...?

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam surat An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai berikut:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ

"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ

"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ

"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. " (QS. An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ

"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita benar hanya pada no. 1-3 ... sedang jawapan untuk no. 4 keliru.

Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya.

Dan ternyata yang "menciptakan" Kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Hal ini boleh karena ketidakadilan ekonomi, kemalasan, boleh juga
karena kemiskinan itu kita bentuk di dalam minda pikir kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang senantiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin.

Jadi, marilah kita bangun rasa keberlimpahan dan kecukupan didalam hati dan pikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu Bersyukur.

Semangat menjemput  rezeki yang halal, biar semakin berkah...

Allah Maha Adil
Allah Maha Mengetahui

Wallahu alam

Nukilan : alfateh

Monday, 22 June 2015

Perniagaan

Hidup ini merupakan satu perniagaan. Perlukan perancangan, kordinasi dan kawalan yang betul. Banyak pelaburan yang perlu dilakukan. Setiap keputusan yang dibuat adalah kos melepas. Kita perlua membuat satu pilihan dan melepaskan yang lain.

Di dalam konteks kehidupan, diri kita merupakan satu perniagaan. Ibu bapa adalah pelabur di dalam perniagaan itu yang sudah melabur dengan penuh keyakinan dan kepercayaan. Melabur dengan penuh harapan supaya perniagaan itu menguntungkan. Apakah kita berusaha menjadikan diri kita sebagai satu perniagaan yang menguntungkan para pelabur atau sebaliknya?

Bayangkan berapa banyak sudah di labur oleh ibu bapa kita. Sejak bayi lagi. Menyekolahkan sehingga kita berada di universiti. Mereka melabur dengan penuh kasih sayang dan tidak berbelah bagi. Tidak menghiraukn sama ada perniagaan yang dilabur itu untung atau rugi.

( diambil dari novel )

Friday, 19 June 2015

Sampan :')

Bertahun tahun ku diperdaya kemewahan dunia...
Aku spt didalam sampan yg tiada arah tuju..
Ku terapung apung di alam fatamorgana..
Ku hidup dgn alam ku sendiri..

Banyak bnd aku dh ku cuba..
Ku rasa hina dan hiba..
Ape yg lagi aku perlu buat..
Kembalilah kepda Allah..

Ini adelah antara perhiasan dunia..
Perempuan yg bukan mahram..
Gadjet2 yg makin canggih..
Televisyen yg makin besar..
Fitnah makin berleluasa..
Semoga aku tidak terpedaya lagi ke dalam alam ini..

Nabi Muhammad sudah tinggalkn dua perkara...
1 Alquran
2 As Sunnah
Maka ini lah pendayung aku untuk smpai ke destinasi seterusnya..

Menghalal kn ap yg haram..
Jgn dibuat sama sekali..
Kerana ia seronok dan nafsu teruja melakukannya..
Kita menghalalknnya..

Kawan2..
Tatkala kita melakukn dosa..
Bila terdetik ingin bertaubat..
Allah rindu..
Iman kita masih ade walaupon sebesar zarah..
Hidayah itu milik Allah..
Mohon lah..

Mungkin ku tlh dikenali dgn pelbagai perkara yg lagha..
Tolong pesan kpd ku...
Pimpin lah aku ke jalan yg benar..
Jgn biar ku salah arah..
Bantu ku mendayung smpan ini sama2..
Semoga kita sama2 mengharungi onak diri till Jannah..
Sahabat yg kasihi Allah dan Rasul..
Jadilah sahabtku..

Bantulah aku kemudi sampan ini..

Semoga sampan yg ku tgh naiki ini..

Menuju ke destinasi yg diredhai Allah.

Nukilan : alfateh

Mengurus hati

Org ckp, bila kita rindu seseorang kita akan mimpi org tersebut..

Aku pon tk thu lah nk comment ap..

Setiap yg berlaku adelah ujian drpd Allah, dan pasti ade hikmahnya..

Ap yg pasti, yg baik dtg daripada Allah..

Mimpi byk kali, pelbagai situasi..

Mmg fitrah kita menyukai berlainan jantina..

Tpi mcm mana kita menguruskannya adelah bergntung pada diri sendiri..

Biar lah dosa dosa yg ku lakukan dlu, menjadi pengajaran..

Aku ingin jaga diriku daripada ajnabi..

Aku ingin jaga hati aku dan drpd zina hati...

Aku ingin beri cinta ku hanya pada Allah dan rasulullah..

Bila hati dh jatuh cinta dgn insan..

Mesti menjadi angau..

So, Jatuh lah cinta kpd nabi Muhammad..

Kenali watak baginda..
Jadikan teladan..
Contohi baginda..
So, cinta kita terjaga..

Urusknlah hati itu dgn zikir..
Lakukan sunnah baginda..
Solat sunat..
Baca al quran..
Dan bermunajat kpd Allah..
Ltkkn cinta yg pertama pada Rasulullah..
Cintailah rasulullah,
Maka Allah akan mencintaimu..

Semoga dijodohkn dgn pilihan hati..
Uruskn lah diri daripada zina hati..
Jadikan lah rasulullah sebgai cinta utama..

Jodoh di tangan Allah, hak Allah..
Allah Maha Mengetahui..
Allah ade plan yg trbaik tuk hambaNya..

Jangan putus asa dgn rahmat Allah..

Semoga Allah merahmati dan meredhai kita

;)

Nukilan : alfateh

Monday, 15 June 2015

Setia yg kekal :)

Setia...

Fon yg ku sygi dan pertama..
Boleh tekan2 dan keluarkn lampu..
Bila kecemasan, lampu atas fon dipancarkan..
Dikala fon semakin canggih..
Zaman semakin maju..
IT canggih berkembang pesat..
Hnya gunakan daya sentuhan yg mudah..
Informarsi diperoleh dgn hujung jari..
Hati ku berbolak balik..
Hati keluh gelisah..
Mendesak dan meronta..
Mencari kelainan menginginkn sesuatu yg baru..
Aku perolehi sebuah fon yg baru lbih jauh baik dari kau wahai fon lama..
Hati dek geli, bila mengingati gunakan mu..
Tapi mu tlh berjasa padaku..
Ku lupakan mu..
Adekah ini namanya setia?
Sungguh, inilah dunia semata2..

Setia...

Jam aku dihadiahi oleh ibu..
Ku ingin kekal dan tetap terus memakainya..
Walau sudah calar..
Warna makin pudar..
Hati makin gelisah..
Keluaran jam berjenama makin gah di pasaran..
Pelbagai jam lbih bergaya menarik hati..
Ku abaikan jam lama..
Maafkn ku berbolak balik..
Kau dh memberi guide untuk masaku..
Memberi alarm pada waktu yg pnting buatku..
Tpi snggup ku abaikan mu..
Sungguh setia ku bukan pada harta..

Setia...

Ku menjumpai kekasih hati...
Bertekad tuk setia..
Hnya Allah yg mengetahui..
Dikala lafaz jnji..
Hnya aku memikirkan mu..
Aku dibuai mimpi yg indah..
Dibisikkn syaitan ke dlm hati..
Lalai lakukan ibadah..
Alpa pada Sang Pencipta..
Ketenangan dan kelapangan hati dirasa makin sempit dan kacau bilau..
Ku trbangun dari mimpi yg ngeri..
Dikejutkn nasihat yg menusuk kalbu..
Sungguh, kekasih hati yg sebenar merinduiku..
DIA dtg memberikan nasihat..
Menunjukkn jln pulang ke arah jalan yg lurus..
Memberitahu ku setia pada manusia tidak bahagia..
Hnya sakit dan derita dibalas drpd ketelusan kesetiaan..
Manakah setia ku??
Tiada wujud kesetiaan yg bahagia kpd manusia..

Hati ku makin gundah gulana..
Siapa perlu ku setia..
Ku meneroka setiap ruang dan setiap tmpt..
Mempelajari ilmu..
Dimanakah..   siapakah..
Yg akan ku patut kekal setia..
Ku sedar, setia ku perlu diberikan hnya kpd Allah sahaja..
Setia ku perlu diberi kpd Rasulullah..
Ya Allah kekalkn kasih cinta ku dan setia hanya untuk Mu dan kekasih Mu , junjungan kasih Rasulullah..

Setia kepada Allah

Moga berkekalan!!
Cukup Allah bagiku :)

Nukilan : alfateh

friendship

When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.

#copy paste

pemikiran

Pemikiran..
Setiap manusia dianugerh akal
Setiap manusia diciptakan hati
Setiap manusia diberi idea..
Semuanya berbeza idea, akal, hati..
Semua pemikiran jua tidak sama..

Pemikiran..
Andai pemikiran kita pada kanak2..
Kita jana idea tuk bermain..
Kita jana akal tuk bergembira..
Kita jana perasaan tuk berseronok..

Semakin meningkat umur......

Pemikiran mula matang..
Pemikiran tlh menguasai diri..
Pemikiran sudah menjdi kawan kita..

Dia yg beritahu ap perlu buat..
Dia yg buat keputusan..
Dia yg bersama2 di mana jua..

Sedar tk sedar,
Pemikiran merupakan pengaruh trbesar dlm hidup..
Tpi ia tk leh hidup bersendirian.
Ia memerlukan peneraju utamanya..

Hati oh hati..
Marilah bergnding pemikiran..
Marilah kita teraju hidup manusia..
Marilah kita pacu hidup tuan kita..
Marilah suluhku tuk majukn manusia..

Tika....
Pemikiran dan hati..
memerah peluh..
Berganding bahu..
Saling bantu membntu..

Virus mula memecah belahkan..
Virus mula lerai ikatan yg dibina..
Virus mula merobek persahabatan..
NAFSU.. ketua virus!!

Kehidupan..
Gembira jdi sedih
Suci jdi kotor..
Baik jdi jahat..
Kmudian berputar n trus berputar..

Wahai Remaja!!!!!!
Tika hati n pemikiran n nafsu kuasai kamu!!!!
Didiklah dgn ISLAM!!!
Didiklah dgn Solat!!!
Didiklah dgn Al quran!!!
Didiklah dgn As Sunnah!!!
Didiklah dgn ilmu!!!

Bila lagi?? Jgn tngguh!!
Skrg lah masanya!!!

Semua hak adelah milik Allah..
Hati n nafsu n pemikran adelah ciptaan Allah..
Kurniaan Allah..
Kita guna tuk ap?? Anda sudah mmpu bezakan baik buruk!!
Keputusan di tngn anda!!
Anda yg tntukan kehidupn anda bukan sy.. ^_^
Wallahu alam

Allah Maha Penyantun..
Allah Maha Pengampun..
Allah Maha Mengetahui..

Bangkitlah Wahai Pemuda Islam!!!
Bangkitlah Wahai Pemudi Islam!!!

nukilan : alfateh