Thursday, 31 December 2015

Fikirlah

Dimana jua kita berada ,
Adanya seorang insan ,
Sentiasa mengingati kita ,
Mempersoalkan ,
Di mana kita?
Sudah makan ke belum?
Dah solat ke belum?
Ada duit ke tak?

Bukan seorang insan ,
Tapi dua insan ,
Dengan erti kata yang mudah ,
Sepasang ,
IBUBAPA.

Kasih sayang tak terkata dicurahkan ,
Keprihatinan tidak terlupa walau sesaat ,
Keutamaan anak anak didahulukan ,
Kecekalan dan ketabahan dikukuhkan,
Usaha dan bersungguh untuk beri kesenangan ,
Titik peluh tidak menjadi pengukur ,
Inilah pengorbanan IBUBAPA.

Saat kita dikhabarkan oleh doktor ,
Kita sedang bergerak gerak ,
Melalui pancaran ultrasound ,
Mata si IBU si BAPA bersinar ,
Melihat kewujudan kita ,
Tersemat di hati mereka satu harapan,
"Semoga anakku menjadi seorang yang baik"
Itulah harapan tiap tiap IBUBAPA.

Tatkala setelah sembilan bulan 10 hari ,
Di saat itulah ,
Si IBU bertarung dengan nyawa ,
Berjuang bersungguh sungguh, Berhempas pulas ,
Mengalir peluh ,
Menjerit kesakitan ,
Untuk melahirkan seseorang di muka bumi ini ,
Untuk biarkan seseorang melihat dunia ini dengan matanya,
Dengan harapan,
Seseorang itu menjadi anak yang soleh dan solehah.

Pelbagai pengorbanan ,
Tiada terkira sumbangan ,
Hanya mengharapkan ,
Si anak menjadi seorang manusia yang berjaya dalam hidup.

Wahai anak!
Soal lah pada dirimu!
Apakah yang telah kau balas?
Apakah kau beri pada mereka?
Pernahkah kau mengorbankan diri demi IBUBAPA mu?
Sanggupkah kau berjuang untuk mencapai harapan mereka?

Wahai anak!
Bagaimanakah tuturkata mu terhadap IBUBAPA mu?
Adakah dengan lantang?
Adakah dengan kemarahan?
Sedangkan IBUBAPA mu,
Melafazkan kata kata dengan penuh kasih sayang ,
Dengan penuh belaian manja ,
Dengan sepenuh perhatian.

Sedarkah kau,
Tika kau merengek di waktu malam ,
Kau menangis tidak terkira waktu ,
Mencari susu ,
Meminta makanan ,
Membuang najis ,
Siapakah yang berada di sisi mu tika itu?
Kawan? Awek? Pakwa? Sahabat?

Orang yang berjaga malam ,
Menaburkan kasih sayang tidak mengira waktu,
Tidak siapa kalau bukan,
IBUBAPA.

Wahai anak!
Sedarlah sebelum terlambat!
Jangan kau tunggu saat!
Saat genting!
Saat terakhir!
Tika IBU dan BAPA ,
Menghembuskan nafas terakhir ,
Melafazkan kata kata terakhir ,
Melihat mu buat kali terakhir.

Ahhhhh!
Sudah terlambat tika itu!
Kau ingin melafazkan ,
"Adik sayang Mak!!!!"
"Kakak sayang Ayah!!!"
"Abang minta maaf Mak!!"
Sudah!
Sudah terlambat!

Wahai anak!
Kau nangis menderu deru ,
Mengalir air mata tiada henti ,
Walaupun bertukar darah ,
Tiada kembali IBU dan BAPA mu,
Kerana ALLAH sudah menjemput mereka.

Anak,
Gunakanlah!
Gunalah masa yang ada sebelum terlambat!
Saat tika bersama sama IBUBAPA ,
Di depan mata,
Hargailah mereka,
Sayangilah mereka.
Fikirlah wahai anak!
Fikir!

Sayangilah IBUBAPA,
Hargailah mereka tatkala mereka masih di sisi kita,
Korbankanlah masa untuk diluangkan bersama sama IBUBAPA mu .

Muhasabah lah!

Berubahlah sebelum terlambat!

Moga kasih sayang kita sentiasa disematkan bersama sama IBUBAPA.

Amin Ya Rabb!

Semoga Allah Redha!

Nukilan : al fateh

No comments:

Post a Comment