Friday, 18 December 2015

Duhai hati

Seronok dan gembira..
Perkara utama kita cari..
Perasaan yg kita dambakan..

Sengsara dan sedih..
Perkara utama kita jauhi..
Perasaan kita bencikan..

Hati yg dipupuk dengan keseronokan..
Disajikan dengan kegembiraan..
Dikelilingi kemewahan..

Sengsara?
Sedih?
Sama sama pakat jauhi..

Hati..
Kepada siapakah aku bertuhankn?
Aku bertuan kepada tuan empunya ku..
Siapakah aku bertuhankan?
Kepada nafsu?
Kepada syaitan?
Atau kepada Allah??

Duhai hati..
Kau milikku..
Tapi kau diciptakn Allah..
Allah ciptakan kau dgn sgt hebat..
Tiada makhluk dapat tandingi kehebatan Pencipta Yang Maha Agung..
Kita bertuhankan kepada Allah..
Allah matlamat kita hidup di dunia ini..

Duhai hati..
Maafkn aku..
Sungguhnya, aku selalu membuat mu bertuhankan pada nafsu..
Sehingga alpa pada Yang Maha Pencipta..

Duhai hati..
Maafkan aku..
Aku selalu sajikan mu dgn kegembiraan yg makin menjauhkan mu dengan Pencipta Yang Maha Esa..

Duhai hati..
Maafkan aku..
Aku memaksa mu..
Aku memaksa supaya tidak sering beringat kepada Tuhan..
Tapi hanya mengajak mengikuti kata kata nafsu..

Duhai hati..
Aku sangat takut..
Semakin ku begini..
Tindakan ku begini..
Gaya ku begini..
Sikap ku begini..
Tidak kau rasa, kita semakin jauh dgn
Yang Maha Mulia..
Yang Maha Kuasa..

Duhai hati..
Marilah kita berjuang bersama sama..
Membasmi ajakan nafsu..
Mencegah hasutan syaitan..
Menidakkan bisikkan iblis..
Hanya mencari rahmat dari Allah..

Biarlah terseksa..
Biarlah menderita..
Selagi hati ini..
Berada dekat Allah..

Pencipta kita Yang Maha Esa..

Yang akan menghitung kita pada Hari Akhirat..

Yang kita beriman dan percaya pada akan berlaku nya kejadian itu..

Yang kita percaya akan dibahagikan manusia kepada dua..

SYURGA dan NERAKA..

Jika Neraka itu dipagari dengan kemewahan..
Dirantai dengan kesenangan..
Dikelilingi dengan kebahagiaan yg tidak kekal..
Sungguh menyebabkn makin rapat ku dgn kemungkaran..
Makin dekatku pada maksiat..
Yg dianggap hnyalah dosa yg boleh bertaubat pada bila2 masa..

Tapi tidakkah kau resah..
Alpakah kau..
Bahawa waktu MATI tidak tentu..

Sempatkah kau bertaubat?
Cukupkah amalanmu??
Dekatkah hatimu kepada Allah??

Jika Syurga itu dipagari dengan derita..
Dirantai dengan kesedihan..
Tidak mengapa..
Sesungguhnya Allah akan datangkn kebahagiaan pada hati jika beramal dan ikuti Al quran dan Sunnah..
Jadikan tabiat..
Sungguh aku kejar Syurga..
Sungguh aku kejar keredhaan Pencipta ku..

Wahai hati..
Marilah kita bertaubat..
Moga Allah redha..

Nukilan : Al Fateh
19.12.2015
00:38 (24hr)

No comments:

Post a Comment