Haa.
Ini nak dijadikan cerita.
Perkara yang pasti ,
kekadang boleh menjadi tak pasti jika diuji keyakinan nya.
"Mad , kau rasa ustaz hari ni datang ke tak? "
" aku rasa tak datang, sebab dia kata minggu lepas, yang minggu ini dia cuti"
"Kau yakin ni mad?"
"Yakin lah bro.. Kleaa bakhang"
Pada waktu kelas,
" Mad!!! Ustaz datang lah doh, asal kau yakin sangat ustaz tak datang "
" haa? Sori lah weh.. aku yakin berita aku dengar tuh, aku dengar sendiri kot. Tak ada ar aku nk tipu kau kan. Sori lah bro "
" hmm, tak apalah "
Okay. Baiklah.
Nampak tak?
Keyakinan manusia tidak pastinya betul.
Dan keyakinan manusia boleh jadi sungguh kuat jika ada fakta yang mendokong.
Mad, dia yakin bahawa berita itu benar.
Tapi perkara yang berlaku pada hari itu?
Tiada satu makhluk pon yang yakin apa yang berlaku.
Memang manusia mampu berkata.
Dan yakin akan kata katanya.
Tapi. Haaa.
Ini yang ramai selalu lupa.
Setiap perkara yang berlaku,
Dan akan berlaku.
Hanya dengan izin Allah.
Kita di ajar,
Apa yang berlaku semua dari Allah.
Kita yakin akan fakta itu.
Adakah kita faham tentang ayat, " apa yang berlaku semua dari Allah " ?
Atau
Adakah kita amal dan berpegang dengan kuat dengan ayat itu?
Atau
Adakah kita hanya belajar dan tahu, tapi hati kita tidak yakin sepenuhnya?
Allah Maha Besar.
Ini adalah tentang keyakinan kita terhadap Pencipta kita.
Allahu (suara latar)
Ini adalah sejauh mana tahap pergantungan kita pada Allah.
Allahu (suara latar)
Okay baiklah.
Semua pasti akan jadi pasti.
Jika kita pasti dan yakin.
Bahawa apa yang akan berlaku semua dengan izin Allah.
Kita mampu merancang.
Yakin dengan Allah.
Jika apa yang kita rancang tidak sempurna.
Atau.
Terlebih sempurna.
Atau.
Rancangan tidak menjadi.
Di sinilah keyakinan pada Allah perlu kuat.
Bahawa setiap berlaku ada hikmahnya.
Yakin.
Sebentar, sebelum itu.
Yakin sahaja tidak mencukupi.
Inilah datangnya konsep tawakkal.
Kawan kawan.
Hendak tawakkal?
Usaha lah dulu bro!
Usaha tidak boleh cukup cukup makan sahaja.
Usaha kena mantop.
Baru hasil mantop.
Doa diwajibkan juga lah iye kawan kawan.
Siapa yang mengatur dan memberi karunia kepada kita?
Allah Maha Agung .
Jom lah usaha, doa, ikhtiar , dan tawakkal.
Yakin dan sangka baik dengan Allah.
Allah Maha Mengetahui.
Jadikan pasti kepada pasti.
Pastikan keyakinan pada Allah mantop.
Insya Allah . Tiada apa dapat jatuhkan keyakinan kita.
In sya Allah.
Nukilan : al fateh.
No comments:
Post a Comment