Monday, 22 June 2015

Perniagaan

Hidup ini merupakan satu perniagaan. Perlukan perancangan, kordinasi dan kawalan yang betul. Banyak pelaburan yang perlu dilakukan. Setiap keputusan yang dibuat adalah kos melepas. Kita perlua membuat satu pilihan dan melepaskan yang lain.

Di dalam konteks kehidupan, diri kita merupakan satu perniagaan. Ibu bapa adalah pelabur di dalam perniagaan itu yang sudah melabur dengan penuh keyakinan dan kepercayaan. Melabur dengan penuh harapan supaya perniagaan itu menguntungkan. Apakah kita berusaha menjadikan diri kita sebagai satu perniagaan yang menguntungkan para pelabur atau sebaliknya?

Bayangkan berapa banyak sudah di labur oleh ibu bapa kita. Sejak bayi lagi. Menyekolahkan sehingga kita berada di universiti. Mereka melabur dengan penuh kasih sayang dan tidak berbelah bagi. Tidak menghiraukn sama ada perniagaan yang dilabur itu untung atau rugi.

( diambil dari novel )

No comments:

Post a Comment