Saturday, 4 July 2015

Aku benci kau

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebuah persahabatan yg sgt utuh..
Antara dua insan yg bernama ali dan ziz.. mereka ini kawan sejak kecil lagi.. kisah perit dan gembira mereka tempuhi bersama sama.. akhirnya mereka masuki ke alam universiti.. ditakdirkn Allah s.w.t mereka didaftarkan ke dalam universiti sama..

Setelah beberapa minggu mereka dapat menyesuaikn diri di universiti tersebut..

Ali dan ziz selalu lepak bersama sama, makan sama sama , keluar sama sama..

Senang cerita semua sama sama lah..

Manusia kn, mana ade yg sempurna..
Ali ade perangai dia..
Abu ade perangai specialnya sendri..

Walaupun sudah jdi kawan2 sjak kecil mesti ade perkara yg tidak sukai. Annoying ar sng citer..

Ziz, tahap annoying mmg tahap dewa lah..

Tapi kdg2 ali rilek je..

Sumtimes, kalau dh lama2 buat, tk kan lah tk menyirap kot..

Tpi si ziz ni tk phm2.. bedu ar sng citer.. tak pernah nk fhm member sendri..

Yang ziz ni, dah lah buat perangai annoying.. ali pon makin lama makin sakit hati lah dgn perangai member baik dia.. pastu, si ziz selalu je mintak macam2 kt ali ni..

Nak tak nak, ali turut jelah kemahuan member dia..

Manusia perangai berubah2..

So nk jadikan cerita, zaman kanak2 bese jelah dorang ni kwan rapat..

Tpi dah meningkat dewasa, pemikiran mulai matang..

Perangai dan perasaan kita mulai fahami..

Then, satu hari tuh, ali abaikan ziz..
Semua kerenah ziz semua dia tak layan..

Ziz , tanyalah " ali kenapa kau macam dh tak layan aku je?"

Ali "ermmm... perangai kau tuh, aku tak suka.. Aku benci sgt2, tpi kau tak paham tuh aku buat macam ni.. maaflah tk cakap direct"

"Tak pelah ali, salah aku jugak ar sebenarnya.. asyik buat perangai annoying aku ni je.. In sya Allah aku cuba ubah perangai ni, thanks tegur dengan cara ni, datang kesan yang effective"

"Okay, sama sama.. alhamdulillah , aku cuba bantu ap yg aku bole bantu, kau jangan buat balik 'perangai' kau balik tuh dah lah kay "
Seminggu berlalu....

Ziz, lupa akan kata2 nya dia ,meng activekan 'perangai' nya kembali..

Setelah itu, makin banyak kawan2 ziz, menjauhi diri daripada ziz..

Semua nya benci kepada ziz..

Ziz sedih...

Kemudian ziz, dpt sekeping surat..

"Wahai sahabat yg ku kasihi..
Kita dh kawan sejak kecil lagi..
Setiap perangai kau, semua aku dh khatam.. jangan lupa kata2 kau kat aku hari tu.. kau kata nk berubah kan? Ubahlah diri selagi nyawa dikandung badan.."

Ziz, mengalirkn air mata..
Terus pergi jumpa ali, dan minta maaf dan berpelukan..

Ukhwah mereka makin kuat, dan kuat.. dan mendekatkn diri kpd Allah..

Senang citer..

Hah.. cerita ni muqaddimah je yg diceritakan tentang sifat benci.. sifat pemaaf, sifat2 ni semua siapa cipta?

Allah s.w.t..

Cuba renungkan..

Ade berapa banyak perkara makruh kat dunia ni??

Makruh??

Makruh tuh ap?

Makruh = Allah benci..

Memey ar tak dapat dosa, tpi Pencipta kita benci..

Sedangkan kita tak nak kawan kita benci kita..

Kita tak nak orang benci kita..

Tapi sumtimes kita alpa,
Amalan makruh, dah sebati dgn jiwa kita..

Lagi jiwa2 remaja..

Kita bljr, mencari ilmu..
Kita bekerja, mencari rezeki..
Kita mencari kebahagiaan..
Kita mencari keberkatan..
Kita mencari kejayaan..

Siapa yg cipta ap yg kita cari???

Kita sungguh alpa, semua itu Allah yg beri..

Tpi jika kita buat perkara makruh,
Allah benci..

Pernah tak?? Kau buat orang benci kau, kau ampu dia mengharap hadiah?  Memang dapt hadiah buku lima ar jawabnya..

Cuba tengok situasi ziz,
Dia buat org sekeliling benci dia..
Mana dorang pergi?
Dorang semua menjauhi ziz..
Kenpa??
Sbb , dorang BENCI ziz..

Yet, ziz berubah, adekah org boleh dampingi cm dulu?

Bukan tak boleh, agak payah dan susah..

Tpi tidak bgi Ali, kawan ziz sejak kecik yg dh khatam tip perangai ziz.. dia masih boleh terima..

Jadi, konteks skrg,
Hamba??

Hamba buat perkra dibenci Pencipta..
Then, hamba minta macam2 kt Pencipta..

Fair ke? Hamba balas nikmat yg dikurniakan dengan perbuatan yg dibenci Pencipta?

Of course tak fair..

Percayalah, setiap perbuatan pasti akan dibalas Allah di Hari Perhitungan kelak..

Tpi.. ingtlah Allah Maha Penyayang..
Allah sentiasa mengampunkn hamba2 Nya..

Sdgkn cara Ali menegur ziz adelah dgn cara pemulauan dan beri surat..

Sungguh, Allah berikan byk cara teguran kepada hambaNya..

Salah satu contohnya adelah,
Memberikan ujian kpd hambaNya..

Carilah hidayah..
Allah akan beri hidayah kpd org yg mencari hidayah..
Doalah!!
Allah Maha Mendengar..

Maka jangan putus asa untuk bertaubat.. jauhilah perkara makruh..

Allah cipta manusia, mestilah Allah lebih memahami dan Maha Mengetahui tiap2 penciptaan Nya..

Jika kita berjalan kepda Allah,
Maka Allah akan berlari kat kita..

Hishhh, ruginya kita rugi..

Allah Maha Pengampun..

Jap2 tahu tak perkara makruh tu ap?

Tak yah nak pergi jauh2 pikir..

Contohnya.. "Perkara Lagha"
Perkara yg tidak dtgkn faedah..

Huish, byk tk? Perkara yg tidak berfaedah kita buat?

Uuuu.. renung2 lah..

So, bencilah perkara makruh...

Makruh...
Telah sinonim dgn perbuatan ku..
Telah menjdi rutin harian hidup ku..
Sungguh pelbagai alternatif org kafir..
Melalaikan kita..
Mempengaruh kita supaya alpa dan leka..

Apa kita buat?
Tepuk dada tnya hati..
Ade yg tidak sedar ap yg mereka lakukan makruh..
Bahkan ade yg lebih tahu setiap perbuatan yg dia buat..
Kenapa masih dibuatnya perkara makruh itu??

Tika, ditimpa ujian..
Maka mengeluh..
Pastu, kita mula mencari Allah yg sering kita alpa..
Kita meminta..
Kita bertaubat..
Alhamdulillah kita masih diberikan
peluang untuk bertaubat..
ALLAH Maha Pengampun..
ALLAH Maha Penerima Taubat..

Memang tiap manusia sentiasa melakukan kesalahan...
Jgn jadikan ia alasan sebab kita kufur nikmat dgn pemberian Allah.
Kau lebih kenali diri kau sendiri..
Tpi Allah Maha Mengetahui..

Kau nak buat dosa?
Cuba larilah kat tempat yang bukan Allah cipta..
Cuba lah larilah dari pemandangan Allah..
Jikalau dapat..
Kalau dapatlah kan..

Jauhilah perkara makruh!!

Moga Allah redha :)

Aminnn...

Nukilan : alfateh

No comments:

Post a Comment