Tatkala aku hilang punca
Terbawa hati ini ke suatu alam fana
Mencari dan memerhati
Apakah yang aku cari?
Maaf, aku pun tiada jawapan
Aku teruskan melayari alam fana
Seakan akan dunia itu milik ku
Segala yang ku bayang bertukar realiti
Tidak ku sangka kuatnya kuasa berangan
Memanipulasi akal dan mental
Menerbangkan segala hajat dengan hanya berangan
Kini aku faham kau wahai mat jenin
Cerita lama kisah lama
Nostalgia manis dan buruk
Selalu aku mengimbau
Mencipta aku yang sekarang
Hasil pengalaman dan pengajaran
Kini aku cuba teguh berdiri
Selepas berparut dan kesan luka dan pulih dari kesengsaraan dan kebahagiaan
Aku terus maju kehadapan
Janganlah biarkan diri dikau
Dibawa arus kegelapan zaman silam
Tenggalam di saat kesedihan dan kegagalan dirimu
Pecahkan lah tempurung yang mengurung mu
Keluarlah ke dunia nyata
Hadapilah kebenaran
Sesungguhnya kita dari Tuhan
Dan berakhir menuju ke Tuhan
Janganlah menyesal
Pilihlah keputusan terbaik
Hargai di sekelilingmu
Semoga terus maju!!
Nukilan : ateh
4.06 pm
29.8.2016
Terbawa hati ini ke suatu alam fana
Mencari dan memerhati
Apakah yang aku cari?
Maaf, aku pun tiada jawapan
Aku teruskan melayari alam fana
Seakan akan dunia itu milik ku
Segala yang ku bayang bertukar realiti
Tidak ku sangka kuatnya kuasa berangan
Memanipulasi akal dan mental
Menerbangkan segala hajat dengan hanya berangan
Kini aku faham kau wahai mat jenin
Cerita lama kisah lama
Nostalgia manis dan buruk
Selalu aku mengimbau
Mencipta aku yang sekarang
Hasil pengalaman dan pengajaran
Kini aku cuba teguh berdiri
Selepas berparut dan kesan luka dan pulih dari kesengsaraan dan kebahagiaan
Aku terus maju kehadapan
Janganlah biarkan diri dikau
Dibawa arus kegelapan zaman silam
Tenggalam di saat kesedihan dan kegagalan dirimu
Pecahkan lah tempurung yang mengurung mu
Keluarlah ke dunia nyata
Hadapilah kebenaran
Sesungguhnya kita dari Tuhan
Dan berakhir menuju ke Tuhan
Janganlah menyesal
Pilihlah keputusan terbaik
Hargai di sekelilingmu
Semoga terus maju!!
Nukilan : ateh
4.06 pm
29.8.2016
No comments:
Post a Comment