Sunday, 11 September 2016

Hilang arah

Engkau pun tahu
Perpisahan sangat menyakitkan
Bertambah duka jika perpisahan yang wujud permusuhan

Andai kau tahu
Wujudnya perasaan dalam diri manusia
Perasaan adalah kelemahan terbesar
Sedih, marah , cinta , sayang
Semua mempengaruhi kehidupan
Mendorong kita melakukan sesuatu perkara

Jangan kau ambil kesempatan atas perasaan perasaan ini
Fahamilah ia
Hayatilah ia
Kita hidup bermasyarakat
Kau tidak boleh buang
Kau tidak boleh kembali
Kau tidak boleh menahan
Dengan sesuka hati engkau
Kerana manusia lain juga ada haknya terhadap perasaan mereka sendiri

Hidup lah dengan harmoni
Bersatu bersama sama masyarakat
Jauhi permusuhan
Buang yang keruh amik yang jernih
Baiki lah kesilapan engkau terdahulu
Semoga manusia dapat bersatu hati

Nukilan : ateh
9.52 am
31.08.2016

No comments:

Post a Comment