Wednesday, 15 February 2017

Taman shah alam

SHAH ALAM BANDARAYA DALAM TAMAN

Indah nya perkhabaran manusia tentang dunia,
Pelbagai hiasan dan kecantikan wujud di bumi,
Sudah cukup memuaskan hati manusia yang mengidamkannya

Shah alam,
Bandaraya kau dalam taman,
Syukur kerana engkau menghargai bunga-bunga indah,
Menjadikan taman,
Manusia singgah berehat dan rekreasi.

Wahai manusia,
Indahnya taman-taman yang dihiasi bunga-bunga dan tempat-tempat untuk rekreasi,
Jangan kau lupai,
Taman-taman syurga

Majlis ilmu,
Taman-taman syurga,
Cari taman-taman syurga didunia,
Tuntut ilmu,
Moga kau bau syurga

Indah nya perkhabaran Allah,
Tentang Syurga di akhirat,
Kejar redha Allah,
Berlari dan terus berlari,
Andai tersungkur,
Bangkit semula,
Teruskan melangkah

Maafkan aku, doakan aku.

Moga Allah redha

Al fateh
10:57 a.m
29/12/2016


No comments:

Post a Comment