Sunday, 19 February 2017

Teruskan langkah

Putus asa bukan jadikan alasan.

Perit dan derita mencucuk fizikal dan jasmani.

Rohani kau masih tergugat dengan ujian kemewahan dunia.

Jangan kau sesekali berpaling pada  rahmat Tuhan, apabila ia muncul.

Jangan lupa untuk menyebut nama Tuhan, di saat kau senang!

Moga kita pegang dunia tanpa mencintainya.

Agama Islam sebenar pasti kembali.


Pelbagai pandangan

Setiap manusia dianugerahi akal,
Pelbagai pendapat dan buah fikiran dikhabarkan.

Ada yang diterima , ada yang ditolak,
Jangan diambil hati jika ditolak,
Jangan terlalu gembira jika diterima.

Bersifat menghormat,
Respect pendapat orang,
Walaupun cadangan yang mudah,
Jadikan ia sebagai cadangan yang
perlu dititikberatkan,
Setiap sesuatu mesti ada hikmahnya.

Berlapang dada,
Jangan sampai mudah untuk menerima,
Jangan pula susah sangat untuk menerima.

Kesimpulannya, jangan melampau-lampau dalam sesuatu perkara.

Maafkan saya, doakan saya,
Moga Allah redha.




MenujuTuhan

Peringatan diri

Peringatan diri

Bila buat baik dgn secara tibe2 , ramai tegur,
Bila kita dlm keadaan lagha? Siapa yg tegur?

Cahaya tidak boleh bersama sama dengan kegelapan.
Kegelapan akan menutup cahaya.
Kegelapan membinasakan diri,
Cahaya akan jadi penyelamat.

Tujuan hidup seorang hamba adalah mengikut kehendak tuannya.

Minta maaf amalan mulia. Sy minta maaf atas salah silap sy pada siapa yg sy dh tk ingt salah sy kt dia.

Seringkali ak terpikir, ketika saat ak ditimpa musibah dan bala, tika tu trdetik, ini balasan atas silap ak kt org. Syukur. ^_^

Nukilan : al fateh




Usaha

Fikir tentang hasil akan datang,
Menyebabkan hati gundah gulana.

Bahkan menyebabkan seseorang,
Tidak terurus kehidupan yang sekarang,
Segala yang diatur jadi serabut.

Jangan kau selalu fikir akan hasil,
Itu adalah kerja TUHAN,
Mengurniakan hasil mengikut takdir yang ditetapkan,
Buat kerja kau sebagai hamba,
Merancang tidak melebihi tahap sebagai hamba.

Maka usaha bersungguh-sungguh,
Bagaimana mahu kenyang jika tak makan?
Bagaimana mahu pandai jika tak belajar?

Usaha sehingga.......
Sehingga kau tak boleh usaha dah,
Apabila ajal menjemput,
Tatkala itu usaha mu sudah tamat.

Moga Allah redha

MenujuTuhan

Kau rasa...

Kau rasa kau dah sempurna,
Namun tetap lakukan kesalahan.

Jangan kau rasa diri mu sempurna,
Tatkala kau gagal dan silap,
Semangat mu mudah hilang.

Jangan merasa kejayaan,
Diasbabkan usaha mu semata mata.

Namun, rasa kejayaan itu,
Diizinkan oleh Tuhan.

Sandarkan segalanya kepada NYA,
Moga hatimu sentiasa bersyukur.



Jawatan dan pemimpin

Jawatan dan pemimpin

Wahai manusia sekalian,
Jejaknya kaki kita di bumi
Bermula nya satu tanggungjwab,
Mengabdikan diri kepada Allah.

Bermula nya memegang pelbagai jawatan,
Jawatan hamba,
Pendosa,
Pentaubat,
Sahabat,
Bakal jenazah.

Wahai sekalian manusia,
Bermula nya kau hidup bermasyarakat,
Tanpa sedar atau tidak sedar.
Kau dah berada dalam masyarakat.

Masyarakat,
Bermula nya perbalahan,
Ketidak sefahaman,
Berpecah belah,

Maka, wujudlah tanggungjawab
Digelar sebagai pemimpin

Pemimpin,
Memegang panji2 ISLAM,
Memimpin ummah ke jalan yg diredhai.
Menyatukan hati hati umat islam

Wahai pemimpin ummah,
Tanggungjwab trabai,
Azab berat yg pedih menanti,
Bahang api neraka terasa.

Wahai pemimpin ummah,
Tunaikan tanggunggjawab mu,
Hak-hak masyarakat
Pimpin kami ke jalan benar.
Moga Allah redha.

Maafkn saya , doakan saya , terima kasih

Nukilan : al fateh

Wednesday, 15 February 2017

Rezeki

Rezeki

Daun-daun berguguran,
Indahnya segala ketentuan Allah,
Ada waktu kita gembira,
Ada saat kita sedih,

Seringkali kita terlupa,
Andai ditimpa musibah,
Apabila tidak mencapai hasrat diingini,
Kita berkata "tiada rezeki",
Sungguh kita alpa,
Pada setiap yang dikurniakan.

Yakin atas ketentuan yang telah ditetapkan,
Syukur dengan segala pemberian,
Ternyata setiap sesuatu pasti ada hikmah

Sangka baik pada Tuhan,
Pasti hati kau akan tenang dan redha menerimanya.

Moga Allah redha.



MenujuTuhan
6/1/2017









Abu 4

Dengan demikian tdk masuk akal bila manusia berdusta, khianat, zalim, malas pd apa yg dikerjakan nya.
Kerja adalah melakukan apa yg disukai utk berbuat baik memperoleh manfaat hasil yg baik, karena manusia bersyukur atas segala karunia yg diterimanya.

Abu
09.03 WIB
05/01/2017

Faham dan tahu

Kau kene faham dan tahu,

Segala apa yang berlaku dalam hidup kau,

Adalah yang terbaik buat kau,

Walaupun,

Kau tak tahu pun apa yang terbaik buat diri kau,

Namun, segala apa daripada Allah, adalah terbaik buat kita.

Maka, syukur dan yakin atas ketentuan DIA.



Al fateh
"Menuju Tuhan"
10.26 am
5/1/2017

Taman shah alam

SHAH ALAM BANDARAYA DALAM TAMAN

Indah nya perkhabaran manusia tentang dunia,
Pelbagai hiasan dan kecantikan wujud di bumi,
Sudah cukup memuaskan hati manusia yang mengidamkannya

Shah alam,
Bandaraya kau dalam taman,
Syukur kerana engkau menghargai bunga-bunga indah,
Menjadikan taman,
Manusia singgah berehat dan rekreasi.

Wahai manusia,
Indahnya taman-taman yang dihiasi bunga-bunga dan tempat-tempat untuk rekreasi,
Jangan kau lupai,
Taman-taman syurga

Majlis ilmu,
Taman-taman syurga,
Cari taman-taman syurga didunia,
Tuntut ilmu,
Moga kau bau syurga

Indah nya perkhabaran Allah,
Tentang Syurga di akhirat,
Kejar redha Allah,
Berlari dan terus berlari,
Andai tersungkur,
Bangkit semula,
Teruskan melangkah

Maafkan aku, doakan aku.

Moga Allah redha

Al fateh
10:57 a.m
29/12/2016


Kerja

Kerja

Bangun pagi,
Sudah bersiap-siap,
Mencari rezeki

Pergi kerja,
Mencari nafkah,
Mencari sumber untuk hidup

Namun,
Tatkala kau berkerja,
Tatkala kau berniaga,
Jangan dilupai,
Pemberi rezeki itu Allah

Di kala,
Azan berkumdang,
Diseru Tuhan pada saat kau masih hidup,
Hentikan kerjamu,
Solat dan tunaikan kewajipan

Jangan kau abaikan azan itu,
Sungguh jangan kau buat derhaka,
Pada Maha Pemberi Rezeki

Sebelum kamu diseru untuk menghadap Tuhan,
Mencabut nikmat-nikmat yang dikurniakan,
Berperang dengan sakaratul maut,
Lengkapkan solat mu.

Moga Allah redha.

Nukilan : al fateh

Sakit

Sakit

Duhai sakit,
Kau datang tanpa sedari,
Kau hadir tidak dijemput

Wahai sakit,
Sungguh Orang beriman mengidamkan kau,
Kau sebagai tanda penghapus dosa kami,

Ya Allah Maha Pemberi,
Maha Penyembuh,
Sembuhkan penyakit kami,
Sertakan dosa kami diluntur dari kami

Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Tiada Tuhan melainkan Allah,
Bukakan mata hati kami,
Jangan butakan ia,
Sungguh kami tidak ingin jauh dari rahmat Mu

Selamatkan sahabat-sahabat kami,
Saudara- saudara kami,
Kuatkan kami,
Bantu kami,
Berikan kami yang terbaik,
Segalanya diatas pengetahuanMu.

Moga Engkau, Ya Tuhan sekalian alam,
Meredhai kami menuju MU.

Maafkan aku, doakan aku.
Moga Allah redha.

Nukilan : al fateh



Belajar

*BELAJAR: SEMAKIN TUNDUK ATAU SEMAKIN MENUNJUK?*

1-Abd Darda radhiallahu anhu :
 “ Tanda-tanda kejahilan ada tiga: Bangga dengan diri sendiri, banyak bercakap perkara yang tidak berfaedah, dan melarang sesuatu akan tetapi dialah yang melakukannya.”

2-Ali bin Abi Talib radhiallahu anhu :
“Bangga diri merupakan bencana bagi orang-orang cerdik pandai.”

3-Malik bin Dinar :
“Sesiapa yang belajar ilmu untuk diamalkan, ilmu itu akan meneranginya dan menjadikannya seorang yang tawadhu’, manakala sesiapa yang belajar ilmu bukan untuk diamalkan, ilmu itu akan menambahkan perasaan bangga diri dan bermegah-megah.”

Wallahua'lam

Dipetik dari kitab Al-Khuttah Al-Barraqah Li Zi Al-Nafs Al-Tawwaqah karangan Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi.

Imam Malik

Imam Malik رحمة الله تعالى pernah berkata :

Manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 perkara ini ;

1. Kenderaan yang pantas.
2. Rumah yang lapang.
3. Pakaian yang cantik.
4. Lampu yang terang.

Kemudian ada yang bertanya kepada Imam Malik,
"Apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas?"

Maka, Imam Malik menjawab :
"Kenderaan yang pantas bermaksud akal yang bijak."

Lalu ada yang bertanya lagi,
"Apakah yang dimaksudkan rumah yang lapang?"

Imam Malik menjawab,
"Rumah yang lapang maknanya kesabaran yang tinggi."

Kata Imam Malik lagi,
"Pakaian yang cantik bermaksud akhlak yang baik."

Dan terakhir,
"Lampu yang terang maknanya ilmu yang menerangi (bermanfaat)."

Abu 3

_Mengapa terjadi kekacauan di dunia ini?_
_Karena orang ingin mengubah hidupnya dengan cara merebut kekuasaan._
_Saya kira cara mengubah hidup itu adalah dengan mengubah akhlak._
_Hidup adalah tentang anda, bukan tentang siapa pemimpin anda, dst._

Lisan YM. Abu
09.50 WIB
17/12/2016

Abu 2

_Kita di dunia diperintahkan berbuat baik, oleh sebab itu berbuat baiklah Kita. Walau apapun sebab dan alasannya jangan pernah berbuat buruk._

_Allah SWT mengetahui mana yang benar. Cukup kembalikan saja kepada Allah. Yang penting selalu mengembalikan dan mengingat Allah SWT saja. Allah SWT pun meminta manusia mengingatNya. Setelah itu Tuhanlah yang mengurus Kita manusia. Tuhan tidak menyuruh Kita mengurus nama baik Kita dan lain sebagainya, kata Tuhan berserah diri padaNya lalu nanti Allah SWT yang mengurus urusan manusia yang tawakkal._
*Abu, 4 Desember 2016*

Abu

_Kita di dunia diperintahkan berbuat baik, oleh sebab itu berbuat baiklah Kita. Walau apapun sebab dan alasannya jangan pernah berbuat buruk._

_Allah SWT mengetahui mana yang benar. Cukup kembalikan saja kepada Allah. Yang penting selalu mengembalikan dan mengingat Allah SWT saja. Allah SWT pun meminta manusia mengingatNya. Setelah itu Tuhanlah yang mengurus Kita manusia. Tuhan tidak menyuruh Kita mengurus nama baik Kita dan lain sebagainya, kata Tuhan berserah diri padaNya lalu nanti Allah SWT yang mengurus urusan manusia yang tawakkal._
*Abu, 4 Desember 2016*

Hassan alBasri

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH

Saudara ku:

           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        kerana syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SEHAT
       kerana syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta Kekayaaan
                Sebab
    Si kayapun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang
      yang mengenalimu dan
   Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
 terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

            Saudara ku: :)

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga
      matahari terbenam,
  'Amalku tidak bertambah
            sedikitpun,
  padahal aku tahu saat ini
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri, utk share dgn sahabat fillah, anak & keluarga.. semoga Allah memberkati & meredhai kita.

Aamiin..

Percaya

Percaya

Engkau percaya pada ketua kau,
Bahawa dia akan memimpin kita,
Seterusnya membimbing.

Menunjukkan contoh tauladan,
Qudwah hasanah kepada ummah,
Percaya pada ketua itu diperlukan dalam pimpinan,
Lalu kau patuh dan mengikuti jejak langkah pemimpin.

Skop yang kecil,
Kau percaya pada sahabat kau,
Yakin dengan tutur kata mereka,
Apabila dikecewakan hati terkoyak yang amat.

Jangan kau lupai satu perkara yang penting dalam hidupmu,
PERCAYA pada DIRI SENDIRI,
Ini adalah kepercayaan yang sangat luar biasa.

Yang mampu mengubah dunia,
Menunjukkan jalan mengubah hidup kau 360 darjah,
Seterusnya anjakan paradigma CARA hidup kau berubah.

Mengorak minda dan hati,
Percaya pada diri,
Bersatu hati,
Menuju Ilahi,
Moga diredhai.

Nukilan : al fateh


Perpisahan

Perpisahan

Kehadiran seseorang dalam hidup,
Tidak lain tidak bukan,
Itu adalah ketentuan Allah.

Setiap yang berlaku ada hikmah,
Pegang ayat ini.

Berpisah dengan seseorang,
Tidak lain tidak bukan,
Itu juga ketentuan Allah.

Buruk dan baik,
Tiada buruk,
Sangka lah bahawa,
Perancangan Allah ini semuanya baik.

Yakin la pada diri,
Kau ada masa depan yang
Telah direncana oleh Maha Mengetahui

Cekalkan hati,
Berbekalkan kenangan dan memori
Terus melangkah maju,
Jangan berpatah balik,
Tabah dan redha,
Itu yang terbaik.

Usaha,
Dan jangan putus asa,
Berbekalkan doa,
Moga kita kuat hadapi segala ujian,
Tiada ujian yg menzalimi hamba.

Maafkn saya, doakan saya.

Moga Allah redha

Nukilan : al fateh


Bahagia

Bahagia

Duhai jiwa,

Apakah bahagia yang kau dambakan?

Ingin rasa punya segala
Pemisah duka penghampir derhaka

Terhampar leka alpa redhaNYA..

Kerana sesungguhnya

Ramai yang tenggelam

Sungguh bahagia itu tiada apa-apa

Tanpa terisi dengan cinta dan makna...

Dari pemilik segala empunya..



Bahagia tidak berguna
Andai ia hadir dari dosa
Ia menutup jalan ke Syurga
Pembuka pintu ke Neraka

Apalah diri
Selalu menyendiri
Ketika menyelongkar erti bahagia
Terpejam dengan saatnya murka
Nabi dan Allah pun tidak mengaki ummatNya
Meringkuk mengenang sisa bahagia
Yang kini menelan limpahan derita

Rahsia



Nak tahu rahsia tak?

Pelik tak tengok kadang2 kawan kita kuat sangat mengaji??

Pelik tak tengok kadang2 kawan kita rajin beribadah?

Pelik tak tengok kadang2 rajin pergi masjid?

Pelik tak tengok kawan2 kita sentiasa datang kelas kuliah?

Pelik tak tengok kawan2 kita mujahadah lawan nafsu pergi masjid? Pergi masjid time subuh?

Pernah tertanya tak??

Cuba tanya kawan2 kau,

Kenapa dia buat benda tu?
Kenapa dia rajin buat itu ini?

Tapi yang aku tahu rahsia dorang,

Dorang SEDAR, dorang tu hamba.

Hamba tak de apa2, diciptakan hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Jom sedar kita ni hamba !!!

Maafkan aku, doakan aku, terima kasih

Nukilan : al fateh



Pagi

Pada waktu pagi...

Tiada nikmat yang lebih indah melainkan nikmat islam dan iman.

Syukur atas setiap sesuatu,

Setiap sesuatu pasti ada hikmah,

Mungkin hari ini kita berada di atas, atau kita berjaya dalam sesuatu perkara,

Tidak lain tidak bukan, ini adalah ujian dariNya, supaya kita bersyukur atau tidak.

Sama ada, bagaimana reaksi dan pandangan kita terhadap golongan yang 'belum menang' atau lemah,

Sama juga dengan situasi berlawanan.

Kita hamba.

Kita sujud pada Allah yang sama.

Kita berpegang pada agama yang sama.

Maafkan banin, doakan banin,

Maafkan banat, doakan banat,

Maafkan semua orang,
Doakan semua orang,

Maafkan aku, doakan aku,

Maaf adalah satu sifat yang sangat baik.

Mendoakan adalah satu sifat yang sangat baik.

Moga kita amal sama-sama

Moga Allah redha.

Nukilan : al fateh

Ego

Duduk pikir kenapa lah kau tu tinggi je?
Aku dah tak faham macam mana aku nak control kau.

Please turun sikit, jangan tinggi sangat.

Bila kau tu tinggi sangat, nanti diri kau juga merana.

Jangan nak ego sangat,
Siapa? Kau lah.

Tengok tak ngaku? 😂😂
Kan ego tu,

Ego tu , please turunkan sikit.
Banyak lagi bagus.

Biasalah manusia lakukan kesilapan.

"Jangan menangisi kisah semalam, biarkan Allah memadamnya dengan Taubatmu, teruskan langkah kehidupanmu seperti biasa,.."

Maafkan aku sahabat, doakan aku sahabat.

#henshin
#akunakberubah 😔

Pemuda Islam

Dikala saudaramu dibunuh sebab pertahankan agama Allah,
Dikala saudaramu berperang dengan kuffar mempertahankan Islam,
Dikala saudaramu memperjuangkan hak-hak Islam.

Kita lemah dengan godaan dunia
Kita dibuai mimpi indah jauh daripada kebenaranNYA,
Kita alpa dan leka dengan kemewahan dunia

Di saat saudaramu dibunuh,
Di saat saudaramu di seksa,
Di saat saudaramu meronta-ronta pertolongan.

Wahai Saudara ISLAMKU!!
Bantu kami!!
Bantu kami!!
Kami ditindas!!!

Pada saat itu,

Kita berbalah balah menegakkan pendirian masing-masing,
Kita berdebat demi mempertahankan ego masing-masing
Kita memecah belahkan ukhwah sesama kita,

Hey!! Pemuda islam.

Bangkitlah!
Sedarkan diri kau!!
Bangun dari tidur di alam fatamorgana!!!

Singa-singa Islam!!
Mengaumlah!!
Tegakkan agama!!
Ayuh berjihad!!

Jangan malu dengan manusia untuk berubah!!
Namun, malu dengan TUHAN kenapa kita tak berubah menjadi lebih baik!!

Bangkit pemuda,
Sedarlah ummah memerlukan kita.
Jangan kau tunggu insan lain,
Kau tu yg diperlukan oleh agama,
Bukan org laen.
BANGKIT!!!

Nukilan : al fateh

Kata kata hikmah



Dan di waktu itulah banyak manusia yang rugi, iaitu keuntungam mereka hilang atau berkurang.

Barangsiapa mengikuti hawa nafsunya yang banyak memerintahkan keburukan, selalu mengajak bersenang lenang, sehingga dia meninggalkan batas batas (Allah) dan meninggalkan kepatuhan dan ketaatan, maka dia telah rugi.

Demikian juga jika dia lalai, kerana orang yang sibuk kemungkinan memiliki alasan, berbeza dengan orang yang lalai,

maka alasan hilang darinya dan hujjah penentangan yang ditegakkan atasnya."

(Kitab Fathul Bari)