Sunday, 19 February 2017

Teruskan langkah

Putus asa bukan jadikan alasan.

Perit dan derita mencucuk fizikal dan jasmani.

Rohani kau masih tergugat dengan ujian kemewahan dunia.

Jangan kau sesekali berpaling pada  rahmat Tuhan, apabila ia muncul.

Jangan lupa untuk menyebut nama Tuhan, di saat kau senang!

Moga kita pegang dunia tanpa mencintainya.

Agama Islam sebenar pasti kembali.


Pelbagai pandangan

Setiap manusia dianugerahi akal,
Pelbagai pendapat dan buah fikiran dikhabarkan.

Ada yang diterima , ada yang ditolak,
Jangan diambil hati jika ditolak,
Jangan terlalu gembira jika diterima.

Bersifat menghormat,
Respect pendapat orang,
Walaupun cadangan yang mudah,
Jadikan ia sebagai cadangan yang
perlu dititikberatkan,
Setiap sesuatu mesti ada hikmahnya.

Berlapang dada,
Jangan sampai mudah untuk menerima,
Jangan pula susah sangat untuk menerima.

Kesimpulannya, jangan melampau-lampau dalam sesuatu perkara.

Maafkan saya, doakan saya,
Moga Allah redha.




MenujuTuhan

Peringatan diri

Peringatan diri

Bila buat baik dgn secara tibe2 , ramai tegur,
Bila kita dlm keadaan lagha? Siapa yg tegur?

Cahaya tidak boleh bersama sama dengan kegelapan.
Kegelapan akan menutup cahaya.
Kegelapan membinasakan diri,
Cahaya akan jadi penyelamat.

Tujuan hidup seorang hamba adalah mengikut kehendak tuannya.

Minta maaf amalan mulia. Sy minta maaf atas salah silap sy pada siapa yg sy dh tk ingt salah sy kt dia.

Seringkali ak terpikir, ketika saat ak ditimpa musibah dan bala, tika tu trdetik, ini balasan atas silap ak kt org. Syukur. ^_^

Nukilan : al fateh




Usaha

Fikir tentang hasil akan datang,
Menyebabkan hati gundah gulana.

Bahkan menyebabkan seseorang,
Tidak terurus kehidupan yang sekarang,
Segala yang diatur jadi serabut.

Jangan kau selalu fikir akan hasil,
Itu adalah kerja TUHAN,
Mengurniakan hasil mengikut takdir yang ditetapkan,
Buat kerja kau sebagai hamba,
Merancang tidak melebihi tahap sebagai hamba.

Maka usaha bersungguh-sungguh,
Bagaimana mahu kenyang jika tak makan?
Bagaimana mahu pandai jika tak belajar?

Usaha sehingga.......
Sehingga kau tak boleh usaha dah,
Apabila ajal menjemput,
Tatkala itu usaha mu sudah tamat.

Moga Allah redha

MenujuTuhan

Kau rasa...

Kau rasa kau dah sempurna,
Namun tetap lakukan kesalahan.

Jangan kau rasa diri mu sempurna,
Tatkala kau gagal dan silap,
Semangat mu mudah hilang.

Jangan merasa kejayaan,
Diasbabkan usaha mu semata mata.

Namun, rasa kejayaan itu,
Diizinkan oleh Tuhan.

Sandarkan segalanya kepada NYA,
Moga hatimu sentiasa bersyukur.



Jawatan dan pemimpin

Jawatan dan pemimpin

Wahai manusia sekalian,
Jejaknya kaki kita di bumi
Bermula nya satu tanggungjwab,
Mengabdikan diri kepada Allah.

Bermula nya memegang pelbagai jawatan,
Jawatan hamba,
Pendosa,
Pentaubat,
Sahabat,
Bakal jenazah.

Wahai sekalian manusia,
Bermula nya kau hidup bermasyarakat,
Tanpa sedar atau tidak sedar.
Kau dah berada dalam masyarakat.

Masyarakat,
Bermula nya perbalahan,
Ketidak sefahaman,
Berpecah belah,

Maka, wujudlah tanggungjawab
Digelar sebagai pemimpin

Pemimpin,
Memegang panji2 ISLAM,
Memimpin ummah ke jalan yg diredhai.
Menyatukan hati hati umat islam

Wahai pemimpin ummah,
Tanggungjwab trabai,
Azab berat yg pedih menanti,
Bahang api neraka terasa.

Wahai pemimpin ummah,
Tunaikan tanggunggjawab mu,
Hak-hak masyarakat
Pimpin kami ke jalan benar.
Moga Allah redha.

Maafkn saya , doakan saya , terima kasih

Nukilan : al fateh

Wednesday, 15 February 2017

Rezeki

Rezeki

Daun-daun berguguran,
Indahnya segala ketentuan Allah,
Ada waktu kita gembira,
Ada saat kita sedih,

Seringkali kita terlupa,
Andai ditimpa musibah,
Apabila tidak mencapai hasrat diingini,
Kita berkata "tiada rezeki",
Sungguh kita alpa,
Pada setiap yang dikurniakan.

Yakin atas ketentuan yang telah ditetapkan,
Syukur dengan segala pemberian,
Ternyata setiap sesuatu pasti ada hikmah

Sangka baik pada Tuhan,
Pasti hati kau akan tenang dan redha menerimanya.

Moga Allah redha.



MenujuTuhan
6/1/2017